Adik Menangis Jadi Wali Untuk Kakak, Terkenangkan Arwah Ayah Saat Hari Bahagia

Mengikut tertib wali, bapa kandung hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan anak perempuannya.

Sekiranya bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada adik beradik lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan .

SUASANA majlis akad nikah wanita ini sayu dengan linangan air mata apabila dia terkenang akan pemergian arwah bapanya.

Menurut Nihayatul Amirah Zait, 25, bapanya sudah lama meninggal dunia, namun rasa pilu di hati masih terpahat sehingga ke hari ini.

“Ayah meninggal dunia akibat sakit jantung ketika saya berumur 16 tahun. Saya merupakan anak sulung daripada lima beradik dan ini merupakan perkahwinan pertama dalam keluarga saya.

“Waktu majlis akad nikah, saya rasa sayu. Biasanya saya tengok orang lain kahwin ada mak dan ayah. Bila tengok muka mak sedih, saya pun jadi sebak,” ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, dia yang mesra disapa Nisa mengakui bertambah sebak apabila adik ketiganya, Haziq Hakimi, 21, yang menjadi wali dalam upacara akad nikah itu turut mengalirkan air mata.

Jelas Niha, dia cukup rapat dengan adik lelakinya sehingga mereka sekeluarga gagal menahan sebak dalam majlis tersebut yang diadakan di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Masa tu adik yang jadi wali. Saya tak jangka adik akan menangis. Dulu, dia sembilan tahun jadi anak bongsu sebelum mak bersalin lagi. Sebab tu dia rapat dengan saya.

niha 2

Niha dan pasangannya selamat disatukan sebagai suami-isteri pada Mei lalu.

“Dia kata lepas ni dah tak boleh nak manja dengan kakak. Dari kecil, memang saya yang jaga dan manjakan dia.

“Mula-mula saya pun tahan, tak nak orang lain ikut menangis. Tapi tak boleh nak tahan. Pada pendapat saya, mana-mana pengantin kalau rasa sebak, nangis je.

“Sebenarnya bukan saya seorang saja, tapi ramai lagi yang bukan bapa sendiri jadi wali ketika nikah.”-NIHA

“Tapi kena pandai cover la, pakai tisu ke, sebab wajah kita mekap. Memang kalau boleh tak nak nangis, tapi bila tengok wajah orang tersayang, terus mengalir air mata,” ujar Niha yang bekerja dalam bidang pemasaran.

Dalam pada itu, video memaparkan Niha dan adik lelakinya menangis berpelukan selepas upacara akad nikah turut tular dan meraih perhatian ramai.

Jelas Niha, dia sebenarnya sudah bernikah pada 19 Mei lalu, namun video itu baru sahaja dikongsi ke laman TikTok miliknya pada Ahad.

“Saya scroll telefon dan jumpa video itu. Jadi saya sekadar kongsi macam biasa di TikTok. Hanya untuk simpanan, takut hilang video tu nanti.

niha 3

Antara ahli keluarga yang hadir ketika acara akad nikah pasangan itu.

“Bangun esoknya, terus terkejut tengok jumlah tontonan naik mendadak. Saya baca komen pun turut sedih.

“Sebenarnya bukan saya seorang saja, tapi ramai lagi yang bukan bapa sendiri jadi wali ketika nikah. Ada kisah yang lebih sedih,” ujar Niha.

Niha dan pasangannya, Muhammad Fateh Najib, sama-sama berusia 25 tahun sudah berkenalan sejak lebih setahun lalu.

Niha dan suami kini menetap di Shah Alam, tidak jauh dari kediaman keluarganya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.