20 Tahun Tertukar, Kini Kembar Lega Dapat Ubah Nama Ayah Kandung Pada IC

Bagai sinetron di TV, sebelum ini 2 buah keluarga pernah terpaksa lalui kisah tragis apabila 3 bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas dipercayai tertukar akibat kecuaian kakitangan sebuah pusat perubatan di Kota Bharu, Kelantan.

Ibarat takdir yang tertulis, kedua-dua mereka akhirnya terpana melihat persamaan ketara dari segi wajah dan tubuh masing-masing apabila kali pertama bersemuka di Karnival ‘Jom Masuk U’ pada Mac 2019.

Noratirah kemudian nekad hubungi Adryani Iwani dan bertitik tolak dari situlah banyak perkara dibincangkan. Gara-gara terlalu banyak persamaan yang mustahil disifatkan ‘kebetulan’, kedua-dua buah keluarga akhirnya sepakat untuk jalani ujian DNA.

20 Tahun Jadi Puteri Tertukar, Kembar Lega Dapat Ubah Nama Ayah Kandung Pada IC
Dari kiri: Adryani, Adryana & Noratirah

Selepas ujian DNA mendedahkan 99.99% kedua-duanya merupakan anak sah kepada pasangan Ibeni Yanin dan Siti Aminah, seluruh ahli keluarga amat terkejut dan menangis.

Dalam pada itu, Adryana Iwani pula merupakan anak kandung kepada pasangan Husin Omar dan Rahmah Isa yang sebelum itu telah membesarkan Noratirah.

Paling menyayat hati, Husin Omar dijemput ajal susulan mengalami heart attack selepas 2 bulan keputusan DNA mengesahkan Atirah bukan anak kandungnya.

Atirah Iwani berkata tiada kata yang mampu diucapkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pemohonan dibuat dua bulan lepas bagi membetulkan maklumat dalam sijil kelahiran selepas ujian DNA disahkan Oktober lepas, diluluskan oleh JPN pada 1 Nov.

Menurut Atirah Iwani dengan dokumen pengenalan diri yang baharu ini identiti sebenar beliau tidak lagi menjadi tanda tanya masyarakat, yang sebelum ini sering mempersoalkan rupa paras beliau tidak sama dengan ‘keluarganya’.

“Nama saya dalam kad pengenalan ada sedikit perubahan, namun saya masih mengekalkan nama Atirah kerana ia pemberian arwah ‘ayah’ Husin Omar.

Hari ini, ketiga-tiga gadis tersebut bersama Puan Siti Aminah menghadiri Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri susulan pertukaran nama penuh ‘kembar yang tertukar’ dalam kad pengenalan kepada pendaftaran nama yang betul.

Kini nama penuh Atirah adalah Atirah Iwani Ibeni Yanin, manakala Adryana pula Adryana Iwani Husin.

“Kad pengenalan diri dengan maklumat baharu ini bukan sahaja memudahkan saya melakukan urusan penting, malah memberi keyakinan kepada saya untuk membawa identiti sebenar selepas 20 tahun bersama keluarga yang berbeza,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Wisma Persekutuan negeri, di sini, hari ini.

20 Tahun Jadi Puteri Tertukar, Kembar Lega Dapat Ubah Nama Ayah Kandung Pada IC
Kredit foto: Bernama Dari kiri: Adryana Iwani Husin, Adryani Iwani Ibeni Yanin & Atirah Iwani Ibeni Yanin
20 Tahun Jadi Puteri Tertukar, Kembar Lega Dapat Ubah Nama Ayah Kandung Pada IC
20 Tahun Jadi Puteri Tertukar, Kembar Lega Dapat Ubah Nama Ayah Kandung Pada IC

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPN Datuk Saadon Othman berkata permohonan pembetulan maklumat pada sijil kelahiran dengan memasukkan maklumat ibu dan bapa kandung telah diluluskan oleh JPN Kelantan berdasarkan keputusan DNA oleh Jabatan Kimia Malaysia.

“Kes seumpama ini amat terpencil dan jarang berlaku di negara ini, namun saya menyeru kepada orang awam supaya melaporkan segera kepada JPN sekiranya berlaku pemalsuan sijil kelahiran kerana tindakan memalsu dan mengubah suai sijil kelahiran menyalahi Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya.

Mengulas lanjut, Atirah berkata walaupun memilih untuk tinggal bersama ‘keluarganya’ di Pantai Kundor, di sini, hubungan kekeluargaan bersama keluarga kandung tidak pernah putus dan diabaikan.

“Memandangkan saya masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Kota Bharu, jadi hanya apabila ada waktu lapang sahaja saya pulang menjenguk ibu kandung, Siti Aminah Mohd Ismail dan kembar saya, Adryani Iwani.

“Apabila berjumpa, banyak perkara yang kami lakukan bersama selain berkongsi cerita kisah hidup masing-masing selama 20 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, bagi Adryani Iwani beliau tidak pernah menganggap Adryana Iwani sebagai ‘orang luar’ walaupun kini mengetahui mereka tiada pertalian darah, malah hubungan masih berjalan seperti biasa.

“Kami tidak pernah sisihkan Adryana dan hubungan ini akan kekal selama-lamanya. Ibu saya juga sudah anggap beliau seperti anak sendiri,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Bernama & IG yni.iwnis

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *