[VIDEO] Tak Tertipu Dengan Dinosaur, Budak Lelaki Ni Siap Kantoikan Lagi Ada Zip!

Budak kecil biasanya cukup naif dan pasti akan percaya sahaja apa-apa yang dikatakan oleh orang dewasa kepada mereka. Namun berbeza pula dengan gelagat seorang kanak-kanak ini yang tidak terpedaya dengan helah kostum dinosaur yang ditemuinya baru-baru ini.

Malah kanak-kanak itu juga siap mahu membuka kostum dinosaur yang dipakai oleh pekerja itu gara-gara ternampak zip yang ada pada kostum itu. Gelagatnya ini turut mencuit hati netizen ditambah pula dengan reaksinya yang tidak berpuas hati ini.

@l26262626 Bucur rahsia dino πŸ¦– πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ #jurassiclandkiulu ♬ Jurassic Park – ε°–ε«θ²ιˆ΄θ²

Di dalam video yang dikongsikan ini, kanak-kanak itu dilihat berada di sebuah taman Jurassic Land yang terkenal dengan kemunculan dinosaur di situ. Biasanya kanak-kanak pasti akan cukup teruja melihatnya atau mungkin juga takut memandangkan kostum itu yang kelihatan seperti dinosaur sebenar.

Namun reaksi daripada kanak-kanak ini mencuri tumpuan apabila dia langsung tidak terpedaya dengan lakonan itu. Malah dia juga turut mendekati dinosaur itu dan siap memberitahu terdapat zip pada kostum dinosaur itu yang boleh dibuka.

Melihatkan gelagatnya ini, ahli keluarganya kemudian menarik kanak-kanak itu untuk tidak merosakkan suasana yang berlaku di situ. Lebih melucukan, kanak-kanak itu kekal memberikan reaksi tidak puas hatinya sehinggalah ke akhir video.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi selamba dari kanak-kanak ini. Sehinggakan ada yang berseloroh tentunya kanak-kanak ini jauh lebih matang dan bijak sehingga tidak tertipu dengan lakonan tersebut.

β€œAdik kau tak puas hati sama dino dah kenapa. Budak lain lari nangis dia macam tak puas hati pulak.”

β€œDia ni bila besar nanti mesti akan ingatkan cikgu untuk kutip kerja sekolah.”

β€œAduh kantoi.”

β€œAbang yang dalam tu mesti tengah tahan gelak.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Β 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.