Pernah Dilamar 200 Wanita Guna Resume, Akhirnya Doktor Ini Bertemu Jodoh Pilihan Hati

Itu hasil kreativiti dilakukan Muhammad Naquib Hasief Baharin, 26, yang menawarkan jawatan kosong ‘pengantin wanita’ dengan memuat naik ‘resume’ serta kriteria bagi mencari wanita pilihan hatinya di Twitter, Ahad lalu.

Doktor siswazah yang sedang menjalani latihan perubatan (houseman) di Hospital Sultanah Aminah, Johor itu berkata, ramai wanita menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram namun mengakui dia belum sempat membalasnya.

Telefon bimbit tak berhenti berbunyi , Terima lebih 200 mesej dari wanita…

Tanpa disangka-sangka, doktor siswazah berkenaan akui telah ‘dilamar’ oleh lebih 200 wanita yang hantar mesej berminat menjadi pasangannya ketika itu. Pun begitu rupa paras bukanlah keutamaan, kerana kriteria wanita pilihan Naquib adalah berpendidikan, sopan, dan juga serasi dengan keluarganya.

“Saya tak pernah terfikir buat macam ini, semua berlaku secara spontan. Saya rasa tidak salah mencuba lagipun memang saya masih solo.

“‘Resume’ yang menceritakan perihal diri itu sebenarnya saya buat sekadar suka-suka untuk ‘presentation’ kelas Continuous Medical Education yang dihadiri di Kuala Lumpur.

“Kebetulan waktu itu saya tidak membawa komputer riba membuatkan saya memuat naik aplikasi di telefon bimbit untuk melakukan tugasan itu sebelum timbul idea mencari calon isteri dan memuat naiknya di Twitter.

“Tidak sangka perkongsian saya itu menarik perhatian ramai dan reaksi warganet malah mendapat sokongan keluarga membuatkan saya nekad meneruskan misi ini,” katanya.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, pemuda berusia 27 tahun terlihat memuat naik perbezaan screenshot laporan berita mengenainya tahun lalu dengan sekeping foto di atas pelamin bersama isteri tercinta.

Berdasarkan kapsyen ditulis pemuda tersebut, wanita bertuah yang dikenali sebagai Julia Rosli itu rupanya merupakan seorang doktor juga.

Bukan sahaja sedondon mengenakan busana berwarna turquoise di hari pernikahan, Naquib akui personaliti yang dimiliki oleh isteri adalah cerminan kepada dirinya.

Rata-rata netizen terkejut dan terpegun dengan usahanya dalam mencari jodoh. Ada juga yang mendoakan agar perkahwinan mereka berdua kekal bahagia dan mahu mencontohi craanya dalam mencari jodoh.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Twitter Qiiib & Harian Metro

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.