Kecoh Bas Bawa Patient Covid-19 Naik Cameron , Pengunjung Terkandas Ketakutan

Antara lokasi yang kerap menjadi sebutan dan tumpuan selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan adalah tanah tinggi Cameron Highlands yang menjanjikan suasana nyaman serta ketenangan terutamanya kepada warga kota.

Bagaimanapun, tinjauan di platform media sosial mendapati ramai pengguna membangkitkan kebimbangan terhadap trend jumlah pengunjung ke lokasi tersebut yang sekali gus meningkatkan risiko penularan Covid-19.

Terdahulu seorang pengguna Twitter yang mendakwa dirinya ‘pekerja kesihatan’ membalas pertanyaan influencer, Khairul Aming bahawa ramai pengunjung yang pulang bercuti dari Cameron Highlands hadir ke klinik membawa hasil kit ujian kendiri positif.

“Bukan nak takutkan. Saya kerja kesihatan, bermula semalam ramai yang baru balik bercuti dari Cameron datang ke klinik bawa kit ujian yang positif.

“Dan ramai juga yang bergejala balik dari Cameron. Crowded (sesak) sangat sana. Kalau boleh elak, elak lah dahulu kot naik sana,” ciapnya baru-baru ini.

Ciapan pengguna tersebut yang mendapat lebih daripada 5,000 ulang kicau turut menerima pelbagai maklum balas daripada pengguna platform media sosial itu yang turut bersetuju dengan dakwaan berkenaan.

“Yaaa saya baru potong gelang. Dua keluarga Positif Covid-19. Mungkin dijangkiti dekat Kea Farm sebab kat situ sesak dan sangat ramai orang,” balas @urnewboyy3.

“Betul, kawan mak aku pun positif lepas pergi sana (Cameron Highlands),” ujar @shahhhhh7

“Saya balik dari Cameron Jumaat lepas (5 November). Bermula daripada tu saya dan isteri selsema. Semalam ke klinik buat saringan. Nasib baik negatif. Tapi tu la. Selsema pun dah tak seronok, inikan lagi positive Covid-19,” cerita @zaileefd2.

@andikaazri99 Cuba korang komen bape jam korang duduk dalam kereta ? ✅👋🏼❤️#fypmalaysia🇲🇾 #fyp #andikaazri #cameronhighland #fypdong #foryou ♬ original sound – cytō⛩ – Cyto

Pengunjung Terkandas ‘Seram’, Kecoh Bas Bawa Patient Covid-19 Turun Cameron

Menerusi TikTok pula, tular video memaparkan sebuah kereta polis mengiringi sebuah bas yang dipercayai membawa sejumlah penghidap Covid-19 turun dari Cameron Highlands.

Klip tersebut dirakam oleh pengunjung yang terkandas ketika dalam perjalanan ke pusat pelancongan itu, bagaimanapun butiran seperti tarikh kejadian tidak dimaklumkan.

@ctasmah85 terkandas di Cameron Highlands..polis Ascott pesakit covid 1 bas naik Cameron Highlands 😱😱😱😱 #ladyqueen #fypシ #fypp #familyday #covid19 ♬ original sound – Ct Asmah

Video yang mendapat hampir 2 juta jumlah tontonan itu turut menerima pelbagai maklum balas daripada netizen.

Selain risau munculnya banyak kluster baru, mereka turut berharap masyarakat Malaysia tunggu keadaan bertambah baik terlebih dahulu sebelum ingin bercuti ke mana-mana lokasi tumpuan pelancongan bagi mengelakkan risiko dijangkiti Covid-19.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok ctasmah85, andikaazri99 & Twitter khairulaming

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.