Caprice Lama Menyepi…Tau-tau Dah Kahwin Dengan Pilihan Hati

Bukan setakat digosipkan dengan ramai selebriti dan influencer wanita, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sebelum ini seringkali diusik peminat agar segera menamatkan zaman bujangnya. Hal ini susulan dia dilihat kerap bekerja, secara tidak langsung berkemungkinan lewat dapat jodoh.

Namun sebentar tadi, tiba-tiba penyanyi berusia 33 tahun itu dikatakan sudah pun sah bergelar suami orang. Menerusi satu hantaran foto dikongsi melalui IG Story pemilik akaun bernama Yasser Khan, Caprice dilihat sedang menyarungkan cincin kepada wanita pilihannya di atas pelamin.

Meskipun kedua-duanya sedondon pakai busana pengantin putih, namun identiti sebenar suri hatinya masih lagi menjadi tanda tanya ramai.

Malah, foto tersebut turut dikongsi semula oleh penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz yang pasti mengejutkan warganet terutama dalam kalangan peminat Caprice.

Apabila ditanyakan siapakah gerangan wanita bertuah di samping majikannya pula, Aiman enggan mendedahkan identitinya. Akan tetapi, dia akui Caprice sudah mengenali pasangannya selama hampir tempoh setahun selain disifatkan sebagai wanita yang baik.

Katanya lagi, tindakan penyanyi Azira Shafinaz yang turut berkongsi semula gambar itu di IG Story mengesahkan lagi berita tersebut susulan anggota Defam itu juga merupakan antara kenalan rapat Caprice.

“Saya pun dapat info agak lambat, tak berani nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang dah kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu.
“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya. Apa yang saya tahu mereka dah berkenalan hampir setahun. 
“Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la kalau dia repost,” kata Aiman.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : OMM

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *