“Allahuakbar, kelu lidah…baiknya hati”-Siti Nurhaliza Spontan Belanja Mainan Di Mall Dipuji Ramai

Baru-baru ini, menerusi platform perkongsian video Youtube, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi vlog terbaharu yang menampilkan diri beliau dan anak sulungnya, Siti Aafiyah di sebuah gedung menjual permainan.

Menerusi video yang berdurasi sekitar empat minit itu, kelihatan galagat comel Aafiyah yang beriya memilih hadiah buat adik kesayangannya, Muhammad Afwa yang kini baru berusia enam bulan.

Siti menerusi voice over berkata, dia berasa bersyukur kerana dikurniakan peminat yang sering memberikannya hadiah, di samping bersyukur kepada Tuhan terhadap rezeki yang lebih untuk memberi sedikit kebahagiaan buat anak-anaknya yang masih kecil.

“Walaupun zaman kanak-kanak saya jarang sangat ada atau dapat mainan, tapi saya tetap enjoy dengan cara kami dulu-dulu. Alhamdulillah sewaktu saya dah jadi artis, saya terharu sangat sebab mendapat banyak sangat hadiah-hadiah. Kalau anak patung atau teddy bear tu terlalu banyak.

“Kemana-mana saya pergi, saya dapat banyak hadiah. Itulah tanda sayang peminat kepada saya. Saya ucapkan terima kasih kepada semua peminat saya. Selepas saya mendapat Aafiyah dan Afwa, mereka memberikan hadiah terlalu banyak sampaikan satu bilik tu penuh je dengan hadiah-hadiah.

“Itulah kenangan paling indah bagi saya bersama peminat saya yang sangat murah hati. Dan apabila saya ada sedikit kemampuan, apa yang anak saya inginkan, saya cuba tunaikan. Apa yang penting adalah kegembiraan dan kasih sayang.. kita semua diberikan rezeki yang berbeza-beza, tetapi tidak bermaksud kita tidak boleh membahagiakan orang lain,” ujar Siti.

Namun, ada satu hal yang menarik perhatian penonton. Pada penghujung video, selepas selesai membuat pembayaran, Siti dilihat menegur seorang kanak-kanak yang kebetulan turut berada di kaunter. Kedengaran Siti berkata: “Meh Mak Iti belanja,” katanya mesra.

Tanpa banyak bicara, Siti membayarkan permainan yang dipilih oleh kanak-kanak tersebut sambil berkata yang beliau mendoakan agar peminat sentiasa gembira dengan apa saja kehidupan dan situasi yang mereka dilalui.

Menjenguk ruangan komen, ibu kepada kanak-kanak tersebut, Masliani Haji Abdul mengirimkan ucapan terima kasih kerana sudi membayarkan permainan yang dipilih oleh anaknya.

“Allahuakbar kelu lidah pabila bertemu dengan idola kesayangan semua. Terima kasih Dato Ct belanja anak saya, Maisha Nuwairah masa ni. Maisha puji, ‘She’s so generous la ibu’.

“Berkongsi memori terindah bertemu idola ibu bersama Maisha & A’isya Begitulah naluri setiap ibu, sungguh dulu saya pun takda lah mainan Barbie dulu- dulu, ada rezeki dapatlah beli untuk anak- anak ibu. Tumpang rezeki main Barbie time dah tua ni,” tulisnya.

Menerusi ruangan balas pula, rata-rata memberikan maklumbalas positif dan memuji betapa murahnya hati penyanyi kesayangan ramai itu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Gempak

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.