‘Fun Fair’ Bertukar Ngeri , Dua Orang Lelaki jatuh Dari ‘Ferris Wheel’

Taman tema atau taman-taman hiburan adalah suatu tempat yang menyeronokkan dan dinikmati oleh hampir semua peringkat umur.

Tidak kira apa jua permainan yang disediakan, taman tema selalunya tidak menghampakan dan sering menjadi tempat tumpuan keluarga untuk meluangkan masa bersama.

Namun begitu, dalam keseronokan itu siapa sangka ia menjadi insiden tragik dalam sekelip mata sahaja.

Seorang maut, seorang cedera jatuh dari roda Ferris

Seorang pengunjung lelaki maut setelah terjatuh dari roda Ferris melibatkan tapak ‘fun fair’ berhampiran Aeon Jusco Cheras Selatan pada lewat malam Rabu.

Media memaklumkan, dalam kejadian 12.05 malam itu, pihak polis menerima panggilan daripada seorang pekerja tapak pesta ria itu memaklumkan kejadian berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Nasir Drahman berkata, saksi memaklumkan terdapat dua lelaki tempatan yang juga pengunjung telah terjatuh dari buaian berpusing di lokasi.

“Salah seorang mangsa berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kajang di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa cedera berusia 30-an telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku di dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis siasat punca kejadian

Mengulas lanjut, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian sama ada terdapat kecuaian daripada pihak tapak pesta ria ataupun daripada mangsa sendiri.

Difahamkan, setakat ini hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku di dalam kejadian tersebut.

“Kita telah membuka kertas siasatan dan telah mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Image

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.