“Memang Klakor Tengok Ustaz ni…”- Ustaz Syamsul Debat Berlakon Drama

Nama Ustaz Syamsul Jebat cukup dikenali ramai kerana percakapan loghat Negeri Sembilan darinya ketika memberi ceramah agama. Malah mukanya yang kadang-kadang serius tetap membuatkan ramai terhibur dengan lawak dari insan ini.

Bagaimanapun baru-baru ini kemunculan Ustaz Syamsul Jebat berlakon dalam drama telah mencuri perhatian ramai. Lakonan Ustaz Syamsul dalam drama berjudul ‘Keluarga Untuk Disewa’ yang disiarkan di TV9 ini telah membuatkan ramai rasa tidak percaya.

Malah perkongsian satu babak lakonan Ustaz Syamsul dalam drama ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi aplikasi tersebut. Berikut adalah rakaman babak Ustaz Syamsul Jebat berlakon dalam drama tersebut:

Muka tetap serius, tapi lakonannya nampak sangat selamba dan tidak kaku langsung! Dalam diam ada bakat lakonan rupa-rupanya. Apa-apa pun baru sahaja dikongsikan satu rakaman babak lakonannya telah membuatkan ramai memuji dan teruja mahu menyaksikan drama ini.

Perkongsian rakaman Ustaz Syamsul Jebat berlakon drama oleh pengguna TikTok dengan nama akaun hidayahsalim ini telah meraih hampir sejuta tontonan dan 76 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Aku nak gelak je dengar ustaz ni cakap..Tak lawak pun aku tetap rasa lawak”

“Serius je ustaz tapi nak gelak jugak nengoknye”

“Bilo bahasa nogori dah mai..Memang kelakor jawabnye”

“Adoii lah ustaz..Cuak dah semua”

“Sejak bilo jadi pelakon ni ustaz…ado bakat laaa..orang nismilan mantap”

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.