
Sejak akhir-akhir ini, anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B terus menjadi bualan hngat netizen selepas bergelar pelakon. Baru-baru ini , CikB juga dikatakan tidak merestui isu perhubungan cinta antara ibunya dengan Iqbal.
Selepas pengumuman rentas negeri dibenarkan ,mereka sekeluarga pergi bercuti di Langkawi untuk mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan yang kian rapuh dek kontroversi tak henti-henti. Percutian usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida bersama anak-anaknya di Pulau Langkawi dilihat cukup meriah lebih-lebih lagi apabila beliau sempat berkunjung ke restoran ‘siakap kayangan’ yang viral beberapa hari kebelakangan ini.
Terjerit2 naik bot laju
Namun begitu, video memperlihatkan DSV menaiki bot laju ketika di pulau tersebut telah mendapat perhatian kerana ramai yang terhibur dengan keletahnya yang terjerit-jerit sewaktu bot tersebut bergerak di permukaan air.
Kutuk mak sendiri depan2
Disebabkan video berkenaan juga, anak kepada DSV iaitu Cik B turut sama ‘mengutuk’ ibunya dengan menyamakan jeritan tersebut seperti suara ayam tersepit.
Gurauan itu telah mendapat perhatian ramai dan sama-sama terhibur dengan telatah usahawan berkenaan kerana begitu all out ketika bercuti.
View this post on Instagram
Ingatkan siapa yang cakap macam tu
Perkongsian yang dibuat Cik B diruangan Twitternya telah menjadi perbualan warganet kerana merasa ‘terwakilkan’ dengan ayat pelakon remaja itu.
Bunyi macam ayam tersepit 😂🤣 pic.twitter.com/8kVW20f0E1
— cikb havoc (@HavocCikb) November 11, 2021
Mereka mengakui agak terkejut kerana ada yang berani menyamakan suara DSV dengan bunyi ayam namun berasa lega selepas melihat anak usahawan itu sendiri yang ‘membahan’ ibunya.
Rileks je CikB bahan mak sendiri
Muka Kacak macam pasrah
Bunyi macam game angry bird
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru
Sumber : Twitter @HavocCikb
PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.