“Hael Husaini Pergi ‘Clubbing Gay’?…”- Pengurus Cari Orang Yang Sebarkan Cerita

Korea antara negara yang masih belum membenarkan pelancong Malaysia masuk ke sana. Walaubagaimanapun, beberapa orang artis tanah air, Hael Husaini, Andi Barnadee serta Sharifah Rose dikhabarkan berada di negara tersebut atas urusan bekerja.

Nama penyanyi Hael Husaini rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Karya-karya hebatnya sudah terbukti mendapat tempat di industri muzik negara apabila sudah beberapa tahun memenangi Anugerah Juara lagu (AJL) saban tahun.

 

Terbaru semalam di Twitter, seorang pelajar Malaysia yang kini belajar di Korea telah memuat naik satu dakwaan liar. Pemuda tersebut telah memaklumkan ternampak seorang penyanyi lelaki terkenal masuk ke dalam satu club gay di Itaweon yang merupakan tempat tumpuan bagi pelancong asing.

Seronok betul dia berJAMPI kat club Itaewon tu..Maybe tu HAJAT dia untuk buat benda HARAM

Perkongsian tersebut menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi warga Twitter sehingalah manager kepada penyanyi itu memberi respon berkenaan dakwaan tidak berasas terbabit.

Menerusi potongan video IG live yang dimuat naik kembali akaun peminat Hael, manager penyanyi berkenaan telah memaklumkan akan mengambil tindakan keatas individu yang menyampaikan berita tak sahih tersebut.

@hhaelhusaini.fans

😉

♬ original sound – Him

Kalau dia padam sekalipun dah terlambat dik…Dah jumpa YouTube, Instagram, alamat rumah semua

Walaupun ciapan tersebut sudah dipadam, namun ia sama sekali sudah terlambat kerana segala maklumat diri pelajar tersebut sudah diketahui dan ia akan mengambil tindakan diatas tuduhan berkenaan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, kebanyakan peminat penyanyi itu tidak mahu menjatuhkan hukum sesuka hati kerana apa yang ditulis oleh individu terbabit di laman Twitter langsung tidak mempunyai bukti yang sahih.

Mereka juga meminta sesetengah pihak supaya tidak sesuka hati melemparkan fitnah kerana boleh mendatangkan salah faham serta dosa besar andai apa yang diperkatakan tidak tepat.

Akhir zaman dah, without bukti dia tuduh lepas tu semua orang percaya…Dapat dosa kering fitnah orang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen pada awalnya tertanya adakah berita tersebut benar atau cuma fitnah. Selain itu, ramai juga minta untuk tidak membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Secara keseluruhannya, rakaman tersebut telah pun mendapat lebih 416 ribu jumlah tontonan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HH (@haelhusaini)

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Twitter @aqil989, TikTok hhaelhusaini.fans

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *