Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak, Nabil Ahmad Terbit Siri Kartun ‘Lu Pikir La Nabil’ Di Youtube

SELEPAS berjaya dalam bidang pengacaraan dan komedi, pelawak terkenal Nabil Ahmad mengorak langkah baharu dengan menceburi bidang animasi.

Biarpun kini hanya disiarkan di YouTube, Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, berharap siri kartun animasi berjudul Lu Pikir La Nabil terbitannya dapat ditayangkan di televisyen suatu hari nanti.

“Alhamdulillah… memang macam tak percaya dah ada siri animasi sendiri. Penonton pun beri respons yang sangat baik.

“Buat masa ini siri ini hanya disiarkan di YouTube tapi saya mengharapkan ia dapat dibawa pula ke kaca TV pula.

Nabil 1

Siri animasi itu disiarkan di YouTube.

“Memang saya sangat teruja dan gembira sebab jadi yang pertama keluarkan siri animasi tapi ikutkan abang Imuda pun pernah keluarkan filem animasi.

Selalu orang buat biografi atau cerita tapi saya berfikir apa cara lain untuk saya kongsi pengalaman hidup saya dari kecil.-NABIL AHMAD

“Jadi, sedikit sebanyak, filem dia itu memberikan inspirasi kepada saya,” kata Nabil kepada mStar.

Episod pertama animasi Lu Pikir La Nabil telah dilancarkan pada 14 Oktober manakala episod akhir pada 4 November lalu.

Siri tersebut juga mempunyai episod khas yang akan ditayangkan pada pukul 9 malam, Khamis di saluran YouTube.

Nabil 2

Nabil teruja dengan siri animasi Lu Pikir La Nabil.

Dalam pada itu, pengacara berusia 38 tahun ini memberitahu dia mendapat ilham selepas mengimbau kenangan membesar dengan siri animasi Usop Santorian dan Anak-Anak Sidek.

“Selalu orang buat biografi atau cerita tapi saya berfikir apa cara lain untuk saya kongsi pengalaman hidup saya dari kecil.

“Saya teringat masa kecil, saya suka tengok cerita Usop Sontorian dan Anak-Anak Sidek. Satu hari itu saya terfikir untuk buat kartun sendiri.

“Sebab rasanya masih belum ada selebriti yang buat. Saya pun banyak mencuba pelbagai bidang seni. Jadi, ini juga salah satu percubaan baharu saya,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.