Dakwa Guru Gurau Isu Rog*l, Kini Ain Husniza Bahagia Pindah Ke Sekolah Swasta

Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial berkenaan seorang pelajar sekolah mendakwa guru matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatannya melakukan guraun keterlaluan sehingga menyentuh isu sensitif berkenaan gangguan seksual.

Bagi korang yang sering mengikut kes gangguan seksual, mesti sedia maklum berhubung seorang pelajar Ain Husniza yang mendakwa guru lelakinya membuat jenaka tentang perbuatan rogol ketika mengajar subjek pendidikan jasmani.

@ant33ater pls make the school environment safer for us, as teachers u have lots of influence with your mindset. #xyzcba #tiktokmalaysia ♬ original sound – ain orkid – ain #MakeSchoolASaferPlace

Selepas kecoh mengenai isu tersebut, kehidupan bekas pelajar di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Selangor itu dihujani sokongan daripada banyak pihak selain melalui pelbagai proses mahkamah sehingga Ogos lalu.

Polis Malaysia juga telah memanggil remaja yang mendapat liputan meluas berita antarabangsa selepas memuatnaik video TikTok yang mendakwa seorang gurunya membuat gurauan mengenai isu rogol pada April lepas, untuk siasatan, susulan satu laporan polis telah dibuat terhadapnya oleh guru tersebut, demikian kata bapa remaja itu pada Khamis.

Guru itu turut memfailkan saman malu terhadap Ain Husniza Saiful Nizam, 17, atas dakwaan menfitnah dan menuntut RM1 juta (AS$237,000) sebagai ganti rugi, kata bapanya Saiful Nizam Ab Wahab. Walaupun Ain tidak pernah menamakan guru berkenaan kepada umum, dan telah membuat laporan polis terhadap guru terbabit sebelum ini.

Terbaharu, bapanya Saiful Nizam memaklumkan remaja berusia 17 tahun itu kini gembira bagi memulakan sesi pembelajaran apabila sudah berpindah ke sebuah sekolah swasta yang juga terletak di Selangor.

Saiful berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik satu video TikTok milik anaknya di laman Twitter sehingga menerima 2,500 tanda suka.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan Ain lengkap berpakaian seragam sekolah merakam dirinya dan persekitaran tempat belajar yang pasti menjadi permulaan baharu setelah berdepan cabaran sebelum ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata positif dan semangat selain mengucapkan selamat maju jaya kepada Ain dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah.

 

 

Guru pendidikan jasmani yang didakwa bergurau keterlaluan, seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol, tidak diambil tindakan lanjut oleh polis selepas selesai menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata pihaknya menerima notis Tiada Tindakan Lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.

Difahamkan, susulan notis NFA daripada Timbalan Pendakwa Raya itu, tiada sebarang tindakan perundangan dikenakan ke atas guru lelaki berkenaan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : OhMyMedia

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.