“Buka Je Mata cari Jantan…” Panas! Skandal Dedah Shuk Sahar Tidur Bersamanya Selama Sebulan

Nampaknya isu rumah tangga pelawak Shuk Sahar seolah tiada kesudahan apabila isterinya Rossa Sera dan skandalnya berperang di media sosial pula.

Terbaru, Rossa dilihat ada memuat naik tangkap layar sejarah panggilan video serta perbualan mesej antara suaminya dengan skandal Shuk itu.

Rossa berbuat demikian dipercayai selepas skandal suaminya itu memuat naik tangkap layar sejarah panggilan video duo.

Menerusi mesej dikongsikan, skandal Shuk dipercayai Fara Salleh itu turut mempersoalkan mengapa dirinya tidak dibela serta bertanyakan mengapa perkara ini tidak dihentikan.

Rossa turut menyindir Fara yang memadam sejarah panggilan dibuatnya kepada nombor dipaparkan, sebaliknya hanya menunjukkan jumlah panggilan diterimanya.

Dalam satu perkongsian lain, skandal Shuk itu turut meluahkan rasa berang apabila dikhianati apabila Rossa mengetahui kata laluan telefon Shuk dan mengamuk apabila panggilannya diabaikan.

Dalam mesej tersebut, skandal Shuk turut mendedahkan lebih sebulan pelawak itu tidur bersamanya namun tiada sekali pun panggilannya diabaikan.

Beberapa hari lalu, Rossa memuat naik mesej di Instagram diterima daripada netizen yang mendakwa terlihat Shuk bersama kekasih gelapnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : RotiKaya

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.