Walaupun Dah 35 Tahun Tapi Masih Belum Kahwin, Sekali Heliza Helmi Buka Mulut Tarik Perhatian

Usianya kini sudah pun menjengah 35 tahun, bagaimanapun penyanyi Heliza Helmi tidak rasa tertekan apabila belum lagi mendirikan rumah tangga.

Menurut Heliza, keutamaannya kini adalah pada keluarga dan misi kemanusiannya dan tidak pernah terfikir mengenai soal untuk berumah tangga.

“Mungkin kerana jadual harian padat dengan pelbagai aktiviti kemanusiaan. Jadi, tidak terfikir langsung mengenainya.
“Tipulah jika tiada yang bertanya, cuma saya bersyukur kerana ibu bapa juga tidak memberikan tekanan mengenai soal kahwin. Apabila tiba masanya kelak, pasti akan berlaku jua,” katanya.

Tegas penyanyi lagu Ayat Cinta Dari Tuhan itu, dia berharap individu yang bakal menjadi suaminya nanti akan memberikan sokongan terhadap misinya sekali gus tidak menimbulkan isu dikongkong atau sebagainya.

“Bukan dari aspek untuk turut serta, namun sokongan dan kata-kata semangat. Adakah individu itu nanti berkongsi minat yang sama atau jatuh cinta ketika sedang melakukan misi kemanusiaan itu nanti?
“Saya tidak ada jawapannya kerana ketika misi itu fokus hanyalah membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Inshaallah sama-sama kita doakan agar Heliza dapat bertemu jodohnya suatu hari nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Harian Metro (Zaara Talita)

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.