Muka Jerawat Teruk Sejak Zaman Sekolah Tapi Syukur Suami Setia

Jerawat merupakan masalah yang sering menghantui bukan sahaja orang dewasa bahkan pada remaja yang sedang meningkat usia.Apabila muka dilanda breakout, bukan setakat tahap keyakinan untuk tampil depan orang ramai sahaja yang kurang.

Bahkan ada yang putus cinta kerana memiliki jerawat pada wajah mereka. Tak kira lelaki atau wanita jerawat merupakn musuh utama mereka yang mementingkan kecantikan kulit wajah.

Muka Jerawat teruk sejak zaman sekolah, nasib baik dapat suami setia…

Menerusi perkongsian di TikToknya, Hasanatul akui wajahnya agak sensitif dan breakout teruk sejak zaman belajar lagi. Walaupun ada kalanya jerawat tersebut mulai surut, namun tidak lama kemudian ia pasti akan ‘menyerang’ kembali mukanya.

Namun di sebalik semua itu, suaminya tetap setia dari dulu sehingga kini tanpa mempertikai langsung fizikal wanita berkenaan.

@hasanatulbungamawar #CapCut ♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Dalam pada itu, Hasanatul turut merakam reaksi suaminya tatkala menonton video TikTok tersebut.

Perlahan-lahan, riak wajahnya kelihatan terharu gara-gara terimbau penampilan isterinya dahulu yang jauh berbeza daripada sekarang.

Justeru itu, Hasanatul nekad membalas kesetiaan pasangannya sepanjang mereka hidup bersama.

@hasanatulbungamawar Balas kepada @hasanatulbungamawar ♬ bunyi asal – Cik bunga

Bagus Suami Dia Terima Dengan Ikhlas, biasanya orang yang ada masalah kulit ni memang glow up lepas kawen…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Hasanatul sejak dulu lagi selain sikap setia suaminya. Dalam pada itu, mereka turut berseloroh kebanyakan wanita yang sudah berkahwin memang kurang breakout jika dibandingkan ketika berstatus bujang.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber :TikTok hasanatulbungamawar

 

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.