“Mujur Ada Tunang Tenangkan Saya..”- Yonnyboii Diserang Panik Selepas ‘Catwalk’ Di KLFW21

Serangan panik (panic attack) adalah episod ketakutan melampau secara tiba-tiba yang berlaku tanpa wujudnya sesuatu ancaman atau bahaya yang jelas. Di dalam bidang psikiatri, penyakit keresahan (anxiety disorder) mempunyai pelbagai jenis, dan gangguan panik (panic disorder) adalah salah satu daripadanya.

Semalam, Penyanyi rap Yonnyboii mengalami serangan panik gara-gara terlalu gementar selepas selesai membuat pertunjukkan fesyen jenama Neonate di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021) yang di adakan di Pavilion, Kuala Lumpur.

Ujar Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, disebabkan terlalu gementar, dia tiba-tiba diserang sesak nafas sehingga terpaksa dibawa ke luar pentas oleh tunangnya, Nik Nazirah untuk ditenangkan.

“Semalam ketika pertunjukkan fesyen saya berasa sangat gementar ditambah dengan penonton yang ramai. Tapi sekarang alhamdulillah, saya sudah okay,” katanya.

Ujar pelantun lagu Aku Itu Aku lagi, dia akan mengalami gejala sama (serangan panik) setiap kali sebelum membuat persembahan pentas dan akan ditenangkan oleh pengurusnya, Nad.

“Tapi semalam saya sendirian. Saya minta maaf kepada rakan media. Saya tidak bermaksud nak tinggalkan acara,” ujarnya.

Penyanyi berusia 23 tahun itu berkata, mujur dia dibawa ke luar pentas oleh tunangnya Nik Nazirah untuk ditenangkan sebelum membawanya ke restoran untuk mengalas perut.

“Saya sebenarnya tidak tahu cara untuk mengatasi masalah ini (serangan panik) kalau dia (tunang) tidak ada. Selepas saya bertenang, dia bawa saya makan sekejap sebelum menghantar saya pulang.
“Sebenarnya situasi panik itu berlaku kerana saya takut apa yang saya buat semalam salah, saya takut orang menilai saya dan risau terbuat silap besar.
“Lagi pula ini kali pertama saya berjalan di pentas peragaan. Saya Jadi tidak yakin dengan diri sendiri sebab nampak orang lain lagi profesional. Memang banyak perkara bermain dalam fikiran saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Sakit itu teruja setelah mendapat peluang bagi memperagakan busana Neonate milik pengacara Karl Shafek di pentas KLFW.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Kosmo! Online, Instagram Def Jam Malaysia

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.