“Benda boleh bawak Baby,Buat Ape Tunggu Beranak…”- Pengantin Berseri Bawa ‘Perut’ 8 Bulan Naik Pelamin

Umum mengetahui, pihak kerajaan sebelum ini tidak membenarkan buat mana-mana pengantin untuk melangsungkan majlis perkahwinan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Mahu tak mahu, pasangan pengantin ini perlu akur dan menangguhkan majlis impian tersebut terlebih dahulu sehingga ianya dibenarkan semula oleh pihak kerajaan.

Terbaru, seorang pengantin dikenali sebagai Elly Faiz menerusi satu hantaran di laman Facebook, berkongsi kisah gembira apabila majlis persandingannya akhirnya berlangsung selepas empat kali ditunda. Mengulas lebih lanjut, wanita muda ini sempat ‘berjenaka’ dengan bayi yang dikandungnya.

“Benda boleh bawa baby sekali, buat apa nak tunggu beranak. Jadi tak adalah bingung bila anak tanya dia mana, tinggal jawab ‘adaa tuuuu dalam perut’.”

“Alhamdulillah, selesai sudah setelah 4x postponed. Lepas ni dah boleh focus cara-cara meneran dengan betul.”

Makeup artist kepada pengantin wanita ini, menceritakan pelanggannya sedang serat mengandung lapan bulan dan turut memuji kecantikannya.

“Ni kalau Taca 8 bulan preggy (pregnant) memang macam bola tau muka. Tengok lah ni helok betul bride ni dah 8 bulan ramping je. Siap post ala-ala model lagi ?? Tak ada masalah dah sekarang dah preggy baru nak buat reception.”

@makeupbytaca kawen seumur hidup sekali,walaupun dah 🤰🏻tggl tunggu hari gigih tau buat Reception👰🏻‍♀️naik seri lain mcam bride ni😍#fyp #muabatupahat #fypシ ♬ original sound – Nurul Nadia Natasya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : OhBulan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.