Ayda Jebat Kongsi Foto Ana Nayla, Macam Fotostet Betul-betul Ikut Mummy!

Seperti semua sedia maklum, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah memilih nama Ana Nayla bagi cahaya mata sulung mereka yang selamat dilahirkan pada 21 September lalu.

Terbaru, Ayda dan Nabil memuat naik beberapa foto puteri kesayangan mereka di media sosial. Menerusi perkongsian tersebut, pasangan ‘sweet’ ini bertanya kepada netizen sama ada wajah Ana Nayla mengikut raut wajah Ayda ataupun Nabil tatkala usia bayi tersebut sudah mencecah sebulan.

Ana Nayla dah ready nak pergi #KLFW2021 ni! Cute macam mummy ke daddy ni?

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Ayda, anaknya itu sudah bersedia untuk menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2021). Meskipun dilihat masih tertidur, si cilik Ana Nayla ini kelihatan sangat cute lebih-lebih lagi ketika memakai pakaian bewarna merah jambu. Menurut Ayda, Ana Nayla mempunyai gaya ‘pose’ tersendiri setelah minum susu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Princess Ana Nayla (@ananaylaofficial)

Di samping itu, Ayda sempat bertanya kepada netizen sama ada anaknya itu comel macam dirinya ataupun sama seperti Nabil Mahir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu bahawa raut wajah Ana Nayla yang terbaru sama seperti Ayda Jebat. Netizen turut mendoakan yang terbaik buat Ana Nayla dan berharap si cilik itu bakal menjadi anak yang solehah dan berjaya apabila sudah dewasa nanti.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Instagram Ana Nayla

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.