Tragedi Tersembam Dalam Kolam , Budak 1 Tahun Meninggal Dunia

Malang tidak berbau. Bagi ibu bapa yang memiliki anak kecil, pasti menjadi cabaran besar untuk menjaga keselamatan mereka. Jika terlepas pandang dalam beberapa saat, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Terbaru, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan lemas di dalam kolam renang berhampiran rumahnya di Kampung Balun, Slim River, Tanjung Malim sebelum meninggal dunia, semalam

Rayyan Mikhail Azmi disahkan meninggal dunia pada pukul 12.04 tengah malam tadi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

Difahamkan, anak bongsu daripada dua beradik itu memasuki kolam renang tersebut tanpa disedari ahli keluarganya.

Mangsa dikatakan keluar dari rumah melalui pintu belakang yang terbuka dan berjalan seorang diri ke arah kolam renang di tepi rumah pada jarak kira-kira 10 meter.

Ketika kejadian air kolam renang berkenaan hanya sedalam 0.6 meter.

KOLAM renang lokasi kejadian kanak-kanak lelaki lemas di Kampung Balun, Slim River semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, kanak-kanak terbabit disedari tiada di dalam rumah sebelum mangsa ditemukan tersembam oleh bapanya dalam kolam renang tersebut.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri itu segera dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan kecemasan.

“Semasa dirawat di Hospital Slim River, mangsa masih hidup dan diberi rawatan awal sebelum dia dirujuk ke HRPB untuk rawatan lanjut kerana keadaannya yang tidak stabil.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 12.04 tengah malam tadi ketika rawatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik HRPB dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Katanya, kes kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menerusi posting di laman Facebook, beberapa ahli keluarga mengucapkan takziah kepada ibu bapa mangsa selain berharap agar kedua-duanya tabah atas pemergian anak bongsu tersebut.

Salam takziah buat Kak Hazlina & keluarga

Tenanglah Mika di sana, bermain di taman syurga

Difahamkan, kanak-kanak berusia setahun sembilan bulan itu disedari tiada di dalam rumah oleh bapanya sebelum menemui mangsa yang tersembam dalam kolam sedalam hampir 0.6 meter.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Utusan Malaysia

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.