Selitkan Duit Untuk Suami Semasa Tidur, Bini Tak Sampai Hati Tengok ‘Wallet’ Suamim Kosong

Dalam Islam, tanggungjawab suami adalah perintah dari Allah yang wajib dilaksanakan sebaik mungkin. Pada tanggungjawab-tanggungjawab inilah, terletaknya hak seorang isteri dalam sebuah perkahwinan.

Sebagai ketua keluarga, mereka hendaklah menjadi pencari nafkah, pelindung, pemimpin, dan pendidik untuk isteri dan anak-anak. Namun lumrahnya dalam sesebuah perkahwinan, isteri juga akan sama-sama membantu suami.

Menerusi TikTok, seorang isteri ini meluahkan simpati tatkala lihat pasangannya tidur kepenatan selepas hampir setengah hari bekerja.

Adyla Yasmin malah tergerak hati untuk periksa wallet suaminya secara diam-diam, kemudian bersimpati apabila mendapati baki duit tinggal sikit sahaja. Dia turut akui ada banyak minta lelaki tersebut belikan macam-macam ketika mereka keluar berjalan sama-sama sehari sebelum itu.

Gara-gara tidak sampai hati mengenangkan suaminya yang bertugas sebagai pekerja kilang tersebut, Adyla Yasmin menyelitkan duit ke dalam purse tersebut.

Di samping berterima kasih kerana selalu tidak lokek layankan permintaannya, wanita berkenaan malah turut mendoakan semoga rezeki pasangannya selalu dipermudahkan.

@adylaysmin Terima kasih suami ❤️ #suamimithali #fyp ♬ bunyi asal – Helmy_Zizan – Helmy_Zizan👮‍♂️

Duit Suami akan cukup walaupun sikit, Terima Kasih sebab jadi isteri yag baik,sejuk hati dia…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan murni Adyla terhadap suaminya.

Selain itu, mereka turut dedahkan bahawa orang lelaki memang segan untuk minta duit pasangan, justeru akan selalu kata cukup walaupun hakikatnya tidak.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok adylaysmin

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.