“Mekanik Dari Neraka…”- Dah Bayar RM12,000 , Gadis Buntu Kereta Hanya Tinggal Rangka!

Luluh hati seorang gadis apabila melihat kereta miliknya yang dihantar ke sebuah bengkel di Johor Bahru hampir ‘jahanam’ selepas melakukan terjahan bersama rakannya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Ain Jeman berkata dia menghantar kereta dipercayai Proton Wira itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dengan membayar sejumlah wang RM12,000 secara ansuran.

Baru-baru ini tular sebuah video di platform media sosial, TikTok mengenai seorang wanita ditipu hidup-hidup apabila menghantar keretanya di sebuah bengkel di Johor Bharu untuk membaikinya.

Banyak Kenangan Dengan Kereta Ni…

@ain_jeman Sedih lagi banyak dari marah 🥲 banyak kenangan dengan kereta ni 🥲 orang jb tolong ainnn pleasee 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #viralvideo #fypシ #fypage ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Ya Allah, menggigil tahan marah & sedih tengok kereta macam ini, banyak kali telefon, banyak alasan yang dibagi, hari ini nekad terjah bengkel dia. Luluhnya hati aku,” tulisnya dalam video tersebut.

Tambahnya lagi, pelaku difahamkan jarang memberitahu perkembangan terkini mengenai hal kereta tersebut dan selalunya Ain (mangsa) yang akan mesej pelaku itu melalui aplikasi WhatsApp dahulu untuk bertanyakan perkembangan baharu mengenai keretanya.

@ain_jeman Reply to @zaharulnizam1 yang tanya pasal bengkel tu.. nanti saya pergi lagi bengkel orang tu tunjuk jalan ke bengkel tu 🙏🏻#fypage #fyp #tolongbantu ♬ original sound – 🌟

Apabila wanita itu bertanyakan keadaan keretanya itu seperti apa, pelbagai alasan yang diberikan oleh si pelaku dan memberitahu wanita itu bahawa dia tidak suka jika wanita itu meminta gambar ataupun video kerana seolah-olah seperti wanita itu tidak mempercayai dirinya.

Wanita ditipu, kereta tinggal rangka di bengkel

Oleh kerana itu Ain berasa sangsi serta nekad untuk lihat sendiri keadaan keretanya di bengkel, namun apakan daya, apa yang dilihat olehnya berbeza dengan apa yang dibayangkan. Keadaan keretanya yang hanya tinggal rangka itu ditutup dengan sebuah kanvas biru sahaja.

Berikutan perkongsian video itu, rata-rata netizen bersimpati dengan nasibnya dan ingin sama menolong . Ada juga yang menceritakan pengalaman mereka terkena dengan mekanik dari neraka juga.

 

Mengakui kurang mengetahui selok-belok di Johor Bahru kerana berasal dari Selangor, gadis berkenaan meminta pendapat orang ramai bagi mencari jalan penyelesaian setelah mengalami kerugian ribuan ringgit.

Duit habis, kereta pun melayang. Pengajaran di sini, jangan mudah percayakan orang! Tak pasal-pasal kena ‘game’, dah la tak ramai kenalan di tempat orang.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : BeautifulNara

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.