Puteri Aishah bakal tamatkan zaman bujang tak lama lagi…Siapakah yg bertuah tu?

Pelakon Puteri Aishah memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan yang belum didedahkan identitinya, bulan ini.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 27 tahun itu bagaimanapun belum bersedia bagi menceritakan secara terperinci mengenai majlis hari bersejarah tersebut.

“Sepatutnya kami merancang untuk bernikah lebih awal, tapi melihat kepada keadaan semasa kami bersepakat mendirikan rumah tangga pada bulan ini. 
“Sekiranya semua dipermudahkan, kami akan teruskan seperti apa yang dirancang. Alhamdulillah segala persiapan menuju hari bahagia berjalan lancar dan sudah siap hampir 80 peratus. 
“Kalau boleh tak nak majlis kami diadakan secara maya kerana nak perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak,” katanya.

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu berkata, dia tidak berniat bagi merahsiakan tarikh pernikahan selain tidak sabar untuk bergelar isteri kepada lelaki berusia 28 tahun berkenaan selepas dua tahun mengenali.

“Saya sangat bersyukur kerana bakal suami menyokong karier seni saya selepas ini. Malah, kami berdua memang kuat bekerja dan tiada masalah mengenai perkara itu.
“Kami faham mengenai kerjaya masing-masing. Dia juga tidak pernah melarang minat saya terhadap dunia lakonan, sebaliknya memberi galakan terhadap apa yang saya lakukan. 
“Doakan semoga majlis pernikahan nanti akan berjalan lancar. Apa yang dapat saya kongsi lagi, majlis akan diadakan secara sederhana dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Harian Metro , Instagram Puteri Aishah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.