Hanez Suraya Alami ‘Anxiety’ Teruk Hingga Kurus

PERNAH tidak semena-mena hati menjadi gundah gulana tak tentu hala? Itu biasa… Pun begitu pastikan perasaan tersebut bukanlah sesuatu yang berlarutan hingga menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.

Jika dibiarkan boleh mengundang padahnya!

Masalah kebimbangan melampau (anxiety disorder) seringkali menjadi perdebatan hangat.

Aktres, Hanez Suraya, mengaku pernah berdepan masalah keresahan dan kebimbangan melampau (anxiety) selepas kelahiran anak sulungnya, Putri Aleesya.

Malah, Hanez atau nama penuhnya, Hanez Suraya Abdul Aziz, 33, berkata isu yang dihadapinya itu turut memberikan kesan kepada berat badan gara-gara takut ketika waktu makan.

“Selepas bersalin, semuanya baik-baik sahaja. Tiba-tiba, ada satu ketika, saya rasa ‘paranoid’ untuk melakukan pelbagai aktiviti.

“Bayangkan, ketika nak makan pun saya rasa resah dan takut. Saya takut nak makan ayam, saya takut nak makan daging. Lebih teruk, sebelum makan saya sempat ‘Google’ kandungan makanan kerana rasa was-was.

“Berat badan saya juga turut turun. Saya juga lebih suka menyendiri dalam bilik dan tidak mahu keluar,” katanya.

Beliau membuat kenyataan sewaktu menghadiri majlis pelancaran Aurawhite Toothpaste yang berlangsung di Meet & Dine, Cheras pada Rabu.

Dalam pada itu, Hanez berkata, beliau yang berkongsi pengalaman itu menerusi Instagram Stories, seterusnya dikunjungi mesej para peminat yang memperincikan masalah sebenar dilaluinya.

Dia sudahnya tidak menunggu lama untuk meraih bantuan daripada Miasa Malaysia (Mental Illness Awareness & Support Association).

“Selepas saya berkongsi apa yang saya alami di laman Instagram, ramai yang mesej dan mengatakan saya mengalami ‘anxiety’.

“Selepas itu, saya mula membuat kajian mengenai ‘anxiety’ dan saya berhubung dengan Miasa Malaysia (Mental Illness Awareness & Support Association). Rupanya, ramai orang yang mengalami perkara yang sama,” katanya.

Tambahnya, selain daripada itu, dia mula mendekatkan diri kepada agama serta berkawan dengan individu yang berfikiran positif.

“Alhamdulillah, segalanya semakin baik selepas saya merapatkan diri dengan Miasa. Saya mula memasuki kelas agama seperti kelas mengaji dan bergaul dengan golongan positif.

“Rasa ‘anxiety’ itu harus dilawan. Saya sendiri kena kuat dan terus melangkah ke hadapan. Saya harus bergaul dengan golongan yang lebih positif,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Iluminasi

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.