Dipanggil Polis Arab! Yatt Hamzah Kongsi Kisah Menyentuh Hati Di Hadapan Kaabah

Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah berkongsi kenangan terindah buat dirinya ketika menunaikan umrah di tanah suci baru-baru ini di Instagram nya.

Sebak Dapat Dekat Dengan Kaabah Dan Sentuh Hijir Ismail

Ibu kepada enam cahaya mata ini meluahkan rasa terharu dan bersyukur, kerana diberi peluang berada dekat dengan kawasan Kaabah dan berpeluang menyentuh Hijir Ismail ketika menunaikan umrah pada hari kelima di tanah suci.

Bukan itu saja, wanita ini bertuah ini juga berkongsi bahawa dirinya dapat bersujud syukur di hadapan Multazam tanpa perlu risau dipijak oleh orang ramai berikutan kawalan ketat di sekitar Kaabah dan peraturan prosedur operasi standard Covid-19 di sana.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BONDA of 6, 5 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci)

“Semalam 6 November 2021 Umrah kelima yang paling istimewa”

“Umrah sekarang tak sama macam dulu. Dah tak boleh pegang Kaabah dan Hijir Ismail, apatah lagi Hajarul Aswad selepas Tawaf.”

“Tapi rezeki Bonda, dipanggil polis Arab untuk masuk ke ruangan wheel chair. Dapat berada dekat dengan Kaabah walaupun tak pegang.”

“Dapat pegang Hijir Ismail yang dirindui..”

“Dapat sujud syukur depan Multazam tanpa dipijak kepala dan tangan ini.”

“MasyaAllah terima kasih Allah. Nikmat mana lagi yang kita nak dustakan..”

“Alhamdulillah. Sebaknya Allah sahaja yang tahu.. Aku ni hamba penuh hina dan dosa.. Tapi KAU masih pandang aku Ya Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.” Luahnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BONDA of 6, 5 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci)

Melihat perkongsian Yatt di Instagram membuatkan orang ramai turut berasa sebak dan terharu sama, dan masing-masing meluahkan agar dapat menjejakkan kaki di tanah suci satu hari nanti.

 

Bertuahnya Yatt Hamzah, dapat berada dekat dengan Kaabah, menyentuh Hijir Ismail dan dapat bersujud syukur di hadapan Multazam di tanah suci.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Instagram YattHamzah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.