
Trend Nikah atau Kahwin ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID19 kini semakin mendapat sambutan.
Jika sebelum ini trend kenduri perkahwinan drive-thru dan secara alam maya jadi tumpuan ramai, namun berbeza pula cara pengantin ini diraikan.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, mempelai bernama Amir Firdaus ini bersama isterinya berkesempatan singgah ke sebuah pasar malam lengkap berbusana putih serta ‘rombongan’ juga.
Peniaga Pasang Lagu Kawen Siap bunyi Kompang Lagi Tuu…
Barangkali amat jarang untuk nampak pengantin berada di lokasi sedemikian, tanpa disangka salah satu peniaga ambil keputusan untuk pasang lagu kahwin.
Perkara tersebut sekali gus buatkan pasangan Raja Sehari terus tersipu malu gara-gara menjadi tumpuan ramai. Dalam pada itu, pihak berkenaan turut berikan ucapan tahniah sempena detik perkahwinan Amir Firdaus.
terima kasih pada abng yang pasangkan lagu pengantin dan kompang ❤️
Sporting habis abang pasar malam…ramai tetamu kenduri tapi makan bayar sendiri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh bahawa kawasan pasar malam tersebut seolah-olah bertukar jadi kenduri kahwin apabila meriah dipasang lagu kahwin dan paluan kompang.
Secara keseluruhan, video berdurasi 37 saat itu telah meraih hampir 300 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru
Sumber : TikTok amir_firdaus8
PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.