“Otak Saya Bengkak Sikit, Saya Hilang Ingatan Sekejap…”- Fazli Zainal Stress Kerja, Mungkin Hadapi ‘Mild Stroke’

Beberapa bulan lepas, penyanyi, Fazli Zainal terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima alat bantuan pernafasan selepas bacaan oksigen dalam badannya berada pada tahap tidak normal iaitu 75 disebabkan positif Covid-19.

Kini setelah sembuh daripada wabak Covid-19, sekali lagi Fazli atau nama sebenarnya Fazdli Zainal, 44,  memaklumkan bahawa dia kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di salah sebuah pusat perubtaan Shah Alam.

Difahamkan , adik angkat Fazli, Lan Luraza yang membawanya ke hospital.

“Saya tidak bersamanya ketika itu, tetapi saya adalah orang terakhir yang dihubungi Fazli kira-kira jam 11 malam. Selepas dia menyanyi sebuah lagu, Fazli tiba-tiba mengalami tekanan darah tinggi hingga mengakibatkan dia hilang ingatan sekejap.

“Ketika dia menghubungi saya, dia bertanya siapa saya kerana tidak ingat apa-apa. Malah, dia hanya ingat lagunya saja iaitu ‘Mantan Yang Terluka’. Mujurlah dia bersama rakan lain waktu itu.

“Jadi, saya terus bergegas ke rumah rakan Fazli dan membawanya ke hospital untuk menerima rawatan,” itulah kata adik angkat Fazli Zainal, Lan Luraza yang memaklumkan penyanyi itu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan di Shah Alam selepas tekanan darahnya naik mendadak, malam semalam.

Jelas Lan, sebelum itu Fazli tiba-tiba hilang ingatan ketika berada di sebuah pusat karaoke di Cheras bersama dua lagi rakannya. Menurut Lan, jika lewat menerima rawatan Fazli, 43, kemungkinan boleh diserang angin ahmar.

“Ketika di hospital bacaan tekanan darahnya cukup tinggi iaitu 217/114 hingga terpaksa ditempatkan di ICU. Saya juga dimaklumkan otaknya sedikit bengkak hasil pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
 
“Mujurlah dia dibawa ke hospital segera. Selepas itu tekanan darahnya menurun tetapi masih tinggi iaitu 178/96, namun ia akan turun secara perlahan. Mohon doakan semoga keadaan kesihatan Fazli kembali pulih. Saya takut jika tahap kesihatannya kembali buruk,” tuturnya.

Sebelum ini, Fazli pernah dirawat selama 29 hari di Hospital Ampang mulai 31 Julai lalu kerana tahap oksigen dalam badannya turun sehingga 75 peratus akibat Covid-19. Fazli dibenarkan pulang pada 28 Ogos lalu selain sudah lengkap dua dos vaksin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Gempak

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.