“Another level of ‘Rempit’…”- Elak Kaki Sondol, Trend tampal sticker nama dalam kereta pasangan dikecam hebat!

Sesetengah individu yang bercinta mungkin tidak kisah perihal aksesori kereta pasangan mereka tapi lain pula dengan kisah yang viral baru-baru ini di akaun media sosial Tiktok

Baru-baru ini, tular satu video TikTok di laman Twitter memperlihatkan seorang gadis menampal ‘sticker’ nama di bahagian penumpang pada dashboard sebuah kereta. Apa motifnya?

Seorang pengguna Twitter, @razzigatie yang memuat naik video tersebut memaklumkan tindakan itu bagi mengelakkan ‘orang ketiga’ sekali gus boleh mencetuskan pergaduhan dalam sesebuah perhubungan.

“Ternampak trend ni dekat TikTok. Korang dah tampal nama korang dekat kereta teman lelaki ke belum? Takda la diorang bawa perempuan lain nanti,” tulisnya mempromosikan bisnes ‘sticker’ berkenaan.

Segelintir individu berkata, seseorang itu akan tetap berlaku curang sekiranya ingin bermain kayu tiga dan ketika itu ternyata nama yang ditampal dalam kereta tidak boleh menjadi ‘penyelamat’ hubungan.

Selain itu, rata-rata warganet mengakui tindakan tersebut dilihat seperti golongan ‘rempit’ yang sinonim dengan tampalan pelbagai reka bentuk ‘sticker’ pada kenderaan terutama motosikal.

Just amother level of rempit…

Kalau dah curang, curang jugak…Ingat dia kisah ke?

Kalau Kat kereta aku, masatu juga putus !

Meninjau ke aplikasi TikTok, terdapat juga koleksi video memaparkan tindakan sama dilakukan beberapa orang wanita lain sejak beberapa bulan lalu.

@deqqlin96 Orang Lain tampal tepi seat aku tampal dekat sini.😅. Nnti jando2 kau boleh la tgk 😬. #keretakawanpunboleh #racunintiktok #sorrykawan ♬ original sound – ^𝕯𝖊𝖑𝖚𝖓𝖆^

@ggerll_ phone letak nama dia ❤️ kreta letak nama sya ❤️ I Just Love You 🥺❤️ #stickerseat #stickername #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ ghost town voice memo (full version out now) – chloe george

@waaasyazliana dia cakap nak letak nama i dekat kereta dia. so, i on je laa🥺❤ #fypシ ♬ ghost town voice memo (full version out now) – chloe george

Apa salah rempit? Kesian asyik dipetik dalam situasi negatif. Masing-masing ada cara untuk meletakkan kepercayaan kepada pasangan, kalau ‘sticker’ tu menjadi salah satu cara buat jelah kan!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Twitter @razzigatie , TikTok

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *