“Anda Tahu Harga, Tetapi Masih Mahu Membelinya?” Harith Iskander Diselar Kerana Persoalkan Isu Harga Ikan Siakap Melampau

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu pemilik restoran terapung yang menjual hidangan seekor ikan siakap berharga RM1,196. Pelbagai reaksi diterima dari netizen dan Harith Iskander juga turut memuat naik satu hantaran di laman Facebooknya mengenai isu ini.

Sesuatu Yang Mencurigakan?

via Facebook Harith Iskander

Dalam penulisan di Facebooknya, Harith seolah-olah memberitahu ada sesuatu yang mencurigakan berlaku dalam kejadian ini.

Dia juga turut mempersoalkan kepada pengikutnya bahawa ada golongan yang tahu harga sesuatu adalah sangat tinggi, namun masih mahu membelinya dan kemudian mengeluh.

“Sesuatu yang mencurigakan berlaku di sini? Pernahkah anda berada dalam situasi di mana anda tahu harga sesuatu adalah sangat tinggi, namun anda masih mahu membelinya? Dan kemudian anda mengeluh?”

Bersetuju Dengan Harith

via Facebook Harith Iskander

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai rekasi dari netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak setuju dengan pandangan Harith Iskander.

“Saya amat bersetuju dengan kenyataan anda.. kebanyakan kedai makanan laut akan memaparkan harga barang per gram berapa banyak dan pelanggan akan memilih saiz dan apabila pelanggan bersetuju dengan berat dan ok untuk meneruskan pemilihan barulah mereka memasak. Kalau dah tahu mahal pilih makan lain lah.”

Tidak Bersetuju Dengan Harith

via Facebook Harith Iskander

Ada juga pihak yang tidak bersetuju dengan penulisan Harith tersebut malah ada yang menyatakan bahawa sebenarnya pembeli makanan tersebut ingin menunjukkan kepada orang ramai mengenai kemampuan pembeli membeli ikan tersebut dengan nilai harga ikan yang sedemikian.

Sekadar makluman, empat penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi telah melakukan siasatan di restoran tersebut.

Menurut BH Online, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid memaklumkan pihaknya mengumpul maklumat kejadian itu daripada pengadu serta peniaga dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : MuraiMy

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.