Rider FoodPanda Dilanggar Lari, Terkapai-kapai Minta Bantuan Dari Dalam Longkang

Perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan di negara ini dilihat semakin mendapat sambutan, terutamanya apabila banyak pilihan servis yang ditawarkan. Menjadi seorang rider, runner ataupun pemandu e-hailing bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, kecekalan dan minat. Kebanyakan runner juga adalah pelajar dan pekerja sambilan yang masih muda.

Namun, dalam pada ramai pengguna berseronok menggunakan perkhidmatan tersebut, adakalanya kita terlupa terhadap cabaran yang dihadapi, terutamanya membabitkan ‘runner’ itu sendiri.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila memuat naik satu video seorang penghantar makanan yang terjatuh bersama motosikalnya ke dalam longkang ketika sedang bekerja.

Menerusi perkongsian dari @prettyayue, pada awalnya dia dan suami tidak perasaan akan ada orang di dalam longkang tersebut. Namun, setelah diperhatikan, rupanya ada seorang rider yang terkapai-kapai seorang diri untuk naik ke atas dan motosikalnya pula berada di dalam longkang.

@prettyayue Bukan senang utk mencari rezeki. Langgar lari. #foodpanda #riderfoodpanda #riderfoodpandamelaka #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Jenslye (vinslye) – jenslye lucy fantica

Suami kepada @prettyayue segera membantu rider berkenaan yang sudah basah kuyup. Menurutnya, dia telah dilanggar lari dan individu yang melanggarnya telah hilang entah kemana.

Melihat dari keadaan rider tersebut, mungkin tidak mengalami kecederaan serius, namun motosikalnya mengalami kerosakkan dan beg penghantaran yang digunakan habis basah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen menzahirkan rasa kasihan melihat tragedi yang menimpa rider berkenaan.

Walau bagaimanapun  mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada @prettyayaue dan suami kerana bergegas membantu rider tersebut selepas dia terkapai sendirian meminta bantuan setelah kemalangan tersebut.

Jika anda adalah salah seorang daripada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ataupun servis seperti ini, kami ingin menasihatkan supaya hargai usaha runner ataupun rider anda yang cuba untuk memenuhi keperluan anda. Jika mereka memberikan perkhidmatan yang baik, tidak salah untuk memberikan mereka sedikit tip sebagai sedekah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok @prettyayaue

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *