Kenderaan Rasmi Menteri Ditukar Kepada Toyota Vellfire Sejak April 2021 Cetus Kontroversi

Hari ini Dewan Rakyat dikejutkan dengan jawapan bertulis Menteri Kewangan yang mengaku bahawa kerajaan telah menukar kereta rasmi baharu di saat rakyat sedang bergelut dengan kos kehidupan.

Bukan calang-calang kereta yang ditukar, kereta yang menjadi pilihan kerajaan ialah kereta mewah Toyota Vellfire 2.5L.

Penukaran kereta Toyota Vellfire 2.5L sebagai kenderaan rasmi untuk kegunaan menteri kerajaan Persekutuan telah menimbulkan kontroversi.

Ditukar Ke Toyota Vellfire Sejak April Lagi

Sejak April 2021, menteri persekutuan telah menggunakan kereta Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi, dengan kos bulanan RM5,759.35, dedah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

“Kerajaan memulakan proses menggantikan kenderaan rasmi menteri persekutuan daripada model Proton Perdana 2.4L kepada model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021.

“Kerajaan membayar pajakan bulanan sebanyak RM5,759.35 untuk Toyota Vellfire. Kos pajakan bulanan terdiri daripada RM4,851.61 untuk kos sewa bulanan dan RM907.74 untuk kos penyelenggaraan,” kata Tengku Zafrul.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM1.42 juta kepada pemegang konsesi setakat September 2021, tambahnya.

Ahli Parlimen Menyuarakan Pandangan

“Menteri-Menteri kerajaan BN-PN-PAS mendapat kereta Vellfire baru sejak April 2021. Perkara ini berlaku ketika rakyat sedang kehilangan kerja, syarikat lingkup dan kes membunuh diri menjadi-jadi pada tahun 2021,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

“Sebagai contoh orang muda dapat e-wallet RM150 secara one-off. Penjawat awam pula mendapat RM700 one-off. Rakyat pasti bergembira kerana menerima bantuan tersebut. Tahniah!

“Namun di sebalik pemberian sagu hati kepada rakyat ini, tanpa disedari, Menteri-Menteri BN-PN-PAS ini sebenarnya dapat menikmati bantuan yang paling banyak. Mereka mendapat ‘bantuan kereta Vellfire’ sebanyak RM 5,759.35 sebulan. Tahniah,” tulisnya dalam catatan di Facebook pada Rabu (3 November).

Sim juga menambah, hutang negara mencecah RM1.3 trilion dan hutang kerajaan pula mencecah 65 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Sim mengulas soalan lisannya di Dewan Rakyat yang bertanya kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengenai kos penyediaan Vellfire sebagai kereta rasmi untuk menteri sejak Mac 2020, dan kos bulanan pajakan kenderaan mewah itu daripada syarikat konsesi, Spanco.

Sim berkata kebanyakan menteri yang kini memegang jawatan dalam Kabinet adalah mereka yang lantang menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana mempertimbangkan cadangan menukar kenderaan rasmi.

“Dan paling nyata, Najib yang lantang membantah kerajaan PH, sekarang membisu seribu bahasa,” tulisnya lagi.

Sementara itu, dalam catatan Facebook, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan menukar kereta rasmi itu tiada kaitan dengan beliau.

“Kenapa salah Najib pulak? Yang cadang Vellfire untuk Menteri pada bulan Januari 2020, kerajaan PM (perdana Menteri) ketujuh.

“Yang akhirnya mula ganti dengan Vellfire pada bulan April 2021 semasa Darurat dan takde parlimen, (di bawah) kerajaan PM kelapan,” kata Najib. – THE STAR

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.