Kahwin Dalam Masa Terdekat? Seriouslah? Ini Jawapan Jujur Wany Hasrita…

Penyanyi Wany Hasrita masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tahun ini.

Menurut penyanyi lagu Terlalu Memuja itu, dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya terlebih dahulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WANY HASRITA (@wh_hasrita_nizers)

“Tahun ini saya mahu fokus untuk kerja, tiada perancangan kahwin, sebenarnya saya sedang tumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan juga.

“Masih belum ke peringkat seterusnya ataupun tidak, susah untuk saya kongsikan sebab tiada apa yang rasmi lagi setakat ini. Lainlah kalau sudah ada kad jemputan, barulah kita tahu,” katanya kepada Gempak.

Wany berkata demikian ketika ditemui di acara pertunjukan koleksi Behati di Kuala Lumpur Fashion Week pada Khamis.

Dalam pada itu, Wany juga menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan seorang juruterbang dalam masa terdekat.

“Jadual kerja saya memang penuh hingga ke hujung tahun, maknanya dakwaan untuk kahwin dalam masa terdekat itu tidak benar,” katanya.

Ditanya sama ada menjalin hubungan dengan seorang juruterbang ataupun tidak, Wany enggan mengulas lanjut.

“Bab itu, biarlah rahsia,” tuturnya ringkas menutup bicara.

Menerusi laporan Gempak pada 29 Mac lalu, Wany tidak bersedia untuk mendedahkan gerangan jejaka yang berjaya menambat hatinya.

Menurutnya, dia memegang prinsip itu selepas belajar dari pengalaman sendiri serta rakan-rakan artis yang lain.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Gempak

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.