“Doktor Kata Ayah Boleh Sembuh, Esoknya Nazak…” Sempat Beri Minum Air, Rupanya Itulah Kenangan Terakhir Bersama

“MOGA abah tenang di sana, maafkan kakak.”

Itulah ungkapan seorang anak yang kehilangan bapanya akibat terbabit dalam satu nahas jalan raya.

Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan apa yang berlaku selepas kejadian yang tidak diduga itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mengimbau kembali kisahnya, Nurul Shahirah Kamaruddin, 30, berkata dia menerima mesej daripada adiknya Shahrul Aiman, 23, memberitahu bahawa kedua ibu bapanya terlibat dalam perlanggaran membabitkan motosikal.

Kamaruddin Mat Jab, 55, dan isterinya, Hamizaton Hasmah Mat Isa, 53, terlibat dalam perlanggaran berhampiran simpang masuk Felda Ijok ketika dalam perjalanan pulang dari pekan Selama, Perak pada 29 September lalu.

“Aiman mesej saya dan beritahu abah dengan mak accident. Tapi dia tak tahu bagaimana keadaan mereka di sana sebab adik saya tinggal di Kuala Lumpur.

IMG_2352

Pasangan suami isteri ini terbabit dalam satu perlanggaran ketika dalam perjalanan pulang dari Pekan Selama.

“Rupa-rupanya adik yang tinggal di kampung dengan mak ayah ada telefon, tapi saya tak sempat nak jawab. Masa tu mak terus dibawa ke Hospital Selama kerana sakit dada dan ada luka serta lebam pada bahagian kiri kaki dan kepalanya.

“Abah pula tak boleh bangun, jadi terpaksa tunggu ambulans sampai,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Shira, dia berkata, dia dan adik beradik lain kemudian dimaklumkan bahawa bapanya masih boleh duduk serta bercakap walaupun patah bahu kiri disebabkan kemalangan tersebut, namun keadaannya makin merosot selepas dimasukkan ke Hospital Taiping dan bertahan hampir 14 hari dengan alat bantuan pernafasan.

Nurul Shahirah pulang ke kampung sehari selepas menerima berita duka itu dan tinggal selama lima hari bersama keluarganya yang menetap di Felda Ijok, Selama, Perak sebelum bergerak semula ke Kuala Lumpur.

“Abah ditidurkan dua hari selepas kemalangan kerana mengalami patah tulang rusuk dan masalah pernafasan. Doktor memaklumkan abah berpotensi untuk sembuh semula kerana tidak berpenyakit dan masih muda.

“Namun keesokan harinya, saya menerima panggilan dari hospital yang mengatakan keadaan arwah abah tenat dan mungkin boleh meninggal bila-bila masa sahaja disebabkan jangkitan kuman yang sangat teruk pada paru-paru serta hampir semua bahagian telah rosak.

IMG_2349

Kali terakhir Shira (gambar dalam telefon) pulang ke kampung halaman adalah pada Ramadan lalu.

“Bila dapat tahu yang abah sudah tiada harapan, saya segera pulang ke kampung semula sehari sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Kami sempat jumpa abah malam sebelum dia meninggal, hanya empat adik beradik sahaja yang jumpa dia pada malam itu.

“Saya menerima panggilan jam 4 pagi dari pihak hospital yang menyatakan abah sedang nazak dan doktor memaklumkan dia meninggal 30 minit kemudian pada 14 Oktober,” katanya sambil menambah, arwah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Ijok, Selama.

Mereka sekeluarga terkejut dengan apa yang terjadi kerana tidak menyangka kecederaan yang dialami oleh bapanya itu boleh meragut nyawa.

Shira memberitahu bahawa bapanya adalah seorang yang sangat tegas dan tidak banyak berkata-kata, namun dia merupakan seorang datuk yang mesra dengan cucu-cucunya.

“Saya tak pernah risaukan keadaan abah kerana dia tiada penyakit kronik dan sangat terkejut dengan pemergiannya.

“Kenangan terakhir bersama dia ialah sebelum abah ditidurkan sebab hanya saya seorang yang dapat jumpa dan sempat memberi minuman kepadanya kerana dia tidak dibenarkan makan.

“Apa yang saya pelajari selepas kejadian inI ialah kita sebagai anak-anak haruslah menghargai mak dan ayah selagi mereka masih ada.”-NURUL SHAHIRAH KAMARUDDIN

“Sedih tengok keadaan abah tidak mampu bercakap, rupa-rupanya itu perjumpaan terakhir saya dengan dia. Sempat dengar suara abah buat kali terakhir sebelum dia ditidurkan,” katanya yang menetap di Cheras Kuala Lumpur.

Anak sulung daripada enam beradik ini berasa sangat terkilan dengan apa yang terjadi kerana dia sudah lama tidak berjumpa dengan keluarganya di kampung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kali terakhir dia pulang ke kampung halaman adalah pada Ramadan setelah mendapat kebenaran untuk menghantar barang kepada ibu bapanya.

“Mak paling terkesan sekali kerana kali terakhir dia jumpa abah ketika dia sakit dan tidak sedarkan diri. Sekarang ni pun mak masih tidak sihat akibat daripada kemalangan tu.

dfjyt

Shira sangat terkilan kerana tidak dapat meluangkan masa yang lama sebelum bapanya meninggal dunia.

“Apa yang saya pelajari selepas kejadian inI ialah kita sebagai anak-anak haruslah menghargai mak dan ayah selagi mereka masih ada. Ingat, kematian itu pasti dan sebenarnya tanpa syarat.

“Kematian adalah janji yang pasti, ia tetap akan berlaku tidak mengira usia, penyakit dan boleh juga berlaku tanpa sebarang sebab. Jadi adalah lebih baik kita cipta kenangan bersama keluarga sebanyak mungkin,” katanya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.