Cemas! Pembonceng Motorsikal Nyaris Digilis Angkara Kanvas Lori ‘terbang’

KEMALANGAN di jalan raya adalah satu isu yang tidak akan pernah surut kerana tragedi ini boleh berlaku  setiap hari di seluruh tempat.

Di Malaysia, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pengguna yang paling ramai menderita akibat kecederaan dan kematian.

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan kanvas diletakkan pada sebuah lori tertanggal dan terkena kepada penunggang motosikal yang kebetulan ada di belakang lori tersebut tular di media sosial .

Menerusi rakaman kamera papan pemuka yang dikongsi di Facebook Sukan Star TV itu dapat dilihat, motosikal yang dinaiki dua orang individu itu juga terlanggar bahagian tayar sebuah treler sebelum kedua-dua mereka terjatuh.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilihat masih mampu berdiri sebaik sahaja terjatuh daripada motosikal dinaiki mereka.

Dipercayai kejadian itu berlaku di laluan menghala ke Putrajaya dari arah Puchong.

Video berkenaan mendapat perhatian orang ramai yang mengecam tindakan pemandu lori tersebut kerana tidak mengikat kanvas dengan betul.

Bukan itu sahaja, lori itu juga dilihat hanya meneruskan perjalanan dan tidak berhenti sebaik sahaja kanvas itu tertanggal.

Menerusi ruangan komen di rakaman video tersebut, rata-rata netizen bersyukur tiada kecederaan serius yang berlaku kepada dua pembonceng motorsikal terbabit dan menegaskan bahawa tindakan perlu diambil terhadap pemandu lori tersebut kerana telah membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 2,000 kali. 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Kosmo online

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *