“Mak Dia Tak Suka…”- 7 tahun Bercinta Berakhir Dengan Air Mata Kecewa

Mewujudkan hubungan dengan orang tersayang dan membawa mereka ke tahap yang lebih serius adalah impian hampir semua pasangan. Malangnya kadang-kadang keinginan ini tidak selalu selaras dengan harapan. Kadang kala ujian akan datang untuk menguji hubungan cinta kalian. Sebagai contoh, hubungan cinta yang tidak direstui ibubapa.

Situasi seperti itu dapat digambarkan bagi seorang gadis yang dikenali sebagai Syeela ini apabila mendedahkan kisah percintaan antara dia dan kekasihnya tidak disukai oleh ibu kepada lelaki tersebut.

Berkongsi menerusi satu video di aplikasi TikTok, gadis berusia 20 tahun itu berkata dia dan teman lelakinya yang dipanggil Man sudah menjalin cinta selama tujuh tahun dipercayai sejak dari bangku sekolah lagi.

@syeelaaaaaaaaaaaaa u can feel me ? any tips girls 🙂 #fypp ♬ hero edited – Fish_vd

“Bercinta sampai tujuh tahun, last-last mak dia pulak yang tak suka,” tulis gadis berasal dari Jitra, Kedah itu dalam video berkenaan.

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, Syeela berkongsi kompilasi rakaman rawak memaparkan dirinya dan lelaki berusia 21 tahun itu sehingga meraih 359,300 tontonan dalam kalangan warganet.

@syeelaaaaaaaaaaaaa malas nk guna #fypage dah sebab tkpernah #fyp pun . ni last guna kot #esekalinakfyp ♬ original sound – ftblwill

Meninjau ke ruangan komen, hampir 2,000 reaksi diberikan orang ramai mengenai tips hubungan tidak direstui dimana segelintir berpendapat seseorang itu perlu mencari ibu bapa pasangan yang boleh menerima diri seadanya.

Menurut mereka, hubungan boleh bertambah keruh dan menimbulkan banyak ‘drama’ jika berkahwin tanpa mengambil kira faktor lain seperti sama ada diterima oleh ibu bapa pasangan atau sebaliknya.

@syeelaaaaaaaaaaaaa Tak #fyp siaplahhh tiktok ni penat tau scroll cari video ! #LalamoveIt ♬ original sound – Tarda folk!

Tetapi perasaan cinta dan sayang terhadap pasangan tidak boleh dikawal, malah jika terpaksa berpisah, pasti sukar untuk mencari cinta baru. Jadi apa yang harus anda lakukan? Pasti akan ada usaha-usaha yang ditunjukkan agar ibu bapa dapat merestui hubungan itu.

Oleh yang demikian, rata-rata netizen memberi sokongan dan juga tips untuk mendapat restu dan persetujuan ibu bapa demi menghalalkan hubungan cinta mereka.

Nak Buat Macam Mana Eh?

Susah juga kalau macam ni, lebih kurang cinta dihalang oleh ibu bapa gitu! Teruskan berdoa, mana tahu satu hari nanti makcik tu terbuka hati terima awak untuk jadi menantu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok @syeelaaaaaaaaaaaaa

 

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *