Harga Siakap Sampai RM 1196 Seekor! Pelanggan Terkejut Tengok Bil Harga ‘Cekik Darah’

Secara kebiasaannya harga perlu dibayar seseorang pelanggan apabila menikmati seekor ikan siakap di kedai tomyam ialah sekitar RM 50 seekor dengan saiz hidangan sesuai dimakan untuk empat orang.

Bagaimanapun, berbeza dengan nasib dialami sekumpulan individu apabila mereka terpaksa membayar hampir RM 1196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram di salah sebuah restoran dekat Langkawi, kedah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM 1852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.

Resit ditunjukkan lelaki itu apabila mendakwa terpaksa membayar RM1196 bagi seekor ikan siakap di Langkawi.

“Selepas mengelilingi beberapa pulau di Langkawi, kami dibawa ke salah sebuah restoran untuk makan tengah hari, seperti kebiasaan kami memesan menu yang biasa ditempah di mana-mana kedai tomyam.

“Secara kebiasaan, untuk tujuh orang makan, dua ekor siakap sudah memadai, maka kami pun tempah dua ekor ikan untuk tujuh orang makan berserta menu-menu yang lain,” tulisnya.

Katanya lagi, salah seorang pelayan kedai itu datang bagi mengesahkan saiz ikan dan selepas diberitahu mereka bersetuju untuk mengambil seekor ikan sahaja berdasarkan anggaran saiz yang ditunjukkan.

“Saiz yang ditunjukkan itu hanya besar sedikit daripada ikan yang kita biasa makan di kedai tomyam. Namun, apabila ikan itu sampai kami berasa terkejut kerana ia dapat diisi didalam pinggan besar.

“Kami pun cakap, ini bukan untuk tujuh orang makan, tetapi mungkin untuk 30 orang makan. Masa itu, jangkaan harga yang perlu dibayar ialah sekitar RM 700 hingga RM 800 sahaja namun meleset apabila harganya mencecah RM 1852.50,” jelasnya.

Antara menu yang diambil mereka ialah ikan siakap RM 1196, sotong sekilogram RM 120, ketam RM 87.20 dan udang RM 200.

Difahamkan, beberapa individu lain juga terpaksa membayar harga mahal antaranya RM 755 bagi dua orang makan selain satu lagi pelanggan membayar harga RM 800.

 

Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian netizen apabila ia dikongsi lebih 6,300 pengguna serta mendapat lebih 4,300 komen.

Ada Lagi Pengunjung Kongsi

Macam biasa lah, kita semua plan trip di Langkawi, dan salah 1 trip ke Kilim Geopark. Semua indah, syoq naik bot laju siap lap2 mcm kete drift.

Brader bot singgah dkt restoran terapung Kilim nak ambil kulit ayam utk eagle feeding. Sis tny dia, balik nanti kalau nk singgah makan sini boleh ke? Sebab mcm menarik je, situ siap ade sangkar ikan. Ikan GT besor2, siakap, kerapu.

Weolls pun turun la. Order mcm biasa for 10 adults. Dalam menu tu ade la tulis RM 18 dkt tepi2 ikan tu, sis tny apa ni? Dia ckp rege 100g ikan. So sekilo dlm RM 180. Ok la, weolls order 2 ekor ikan. Dia cakap ikan siakap tu besar, ok lah kn 10org makan. Tapiiiii dia tak cakap besar tu is almost 6kg fish!!!.

Selalu aku akan tny besar tu besar mana. Ni kalau makan berdua dgn aboh la. Since dah ramai, so aku rs ok la. Ikan besor makan ramai2. Rupanya besar tu besar gajahhh. Gila ke? Sampai hati ko ketuk orang mcm tu skali. Patutnya inform la ikan ni besar ni, berat ni, so dlm RM sekian2. Ini takkkk..Kitorg pulak semua 1st time ke Kilim, even sebelum ni aku dgn family tiap2 tahun ke Langkawi. Laki org Peghelih kannn.

So dh berhuha sakan, still sweet memory though, sampai tang makan, rasa dia so so je, tp sedap la ikan fresh, sebab idup2 kan. Air tembikai ceroi mcm air balang. Masa ni aku dah rs seram nak g bayar. Sebab tgk ikan atas meja tu mcm nak bg makan sekampung besarnya.

Ikan byk lebih, tapau2 semua, aku g counter dgn Qidah, tgk resit, terkedu aku disitu. I was expecting RM 600 to RM 700. Aku ade cash nk bayo. Sekaliiiiiii…gelabah aku tny sape ade credit card. Boleh bayar guna credit card yer gaisss even kedai buruk tgh hutan, siap kena cari line smpai luar kedai.

Dalam bot masing2 termenung. Aku tak kabo lagi ke aboh, sebab dia dok sebelah brader bot, siap tny lagi, kalau nk dtg makan saja, ade bot ke. Ktanya orang kedai boleh jemput gaisss dkt jetty pakai bot dorang. Mesti dia pelik, dah kapak pun boleh tny nk dtg lagi. Padahal member tak tahu cerita lagi.

Im writing this, bukan nk jatuhkan orang Melayu berniaga, tapi nak berniaga tu biar la kena gaya. Ni ko nak pekena orang. Ko patut inform apa yg bakal kena bayar. And aku harap takde orang lain yg terkena dah. Tapi aku dgr cerita ade jgk yg terkena mcm kitorg.

Nak makan ikan fresh, hidup, korang pegi kedai yg femes2, mcm Telaga tu ke, bebaloi jgk kalau mahal pun. Kedai cantik, mungkin sedap jgk, sbb aku tgk Tun M pun penah pegi situ.

Tambah lagi drama, kitorang dah buat report jgk. And happen to be kawan weolls kenal someone yg berkerja dgn Kilim. They will take action dekat kedai tu. Tunggu ya korang. Sis takkan meratap nasib free2 je. This will give b.ad rep.utation to Langkawi. Aku siap cakap dkt aboh, kedai tu dalam Kilim.

Mesti Kilim tahu they charging that much, Kilim ni berkomplot ke nak kenakan orang. So lepas dgr yg they will take action sis rasa lega. Berharap jgk weolls dapat balik Rm 1700 tu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Kosmo

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.