Dikecam Kerana Persoal Perangai Arwah Zulfarhan, Siapa Sebenarnya Gadis Ini?

“Pelaku umpama pemjenayah yang tiada belas kasihan...” Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah ketika membacakan penghakimannya selain tidak dapat membayangkan kesakitan Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain ketika ditekap dengan seterika panas berulang kali.

Semalam, tular isu pembunuhan arwah Zulfarhan apabila 6 daripada 18 penuntut iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana membunuh serta bersubahat membunuh arwah.

Walaubagaimanapun, timbul satu ciapan di media sosial Twitter berkenaan  tindakan seorang gadis seolah-olah mempersoalkan perangai Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain dikecam warganet di laman Twitter.

Difahamkan, gadis tersebut memuat naik ciapan menyatakan pasti terdapat punca sehingga arwah diperlakukan kejam oleh enam bekas penuntut UPNM yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun.

“Kau tak nak tanya apa punca (kejadian) semua ni? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ni?,” ciap gadis terbabit.

Seorang pengguna Twitter, @pedoqpop berkongsi semula tangkapan skrin ciapan berkenaan yang meminta penjelasan lanjut daripada gadis itu berhubung perangai Allahyarham sehingga diulang kicau sebanyak 3,839 kali.

Namun, gadis tersebut mengakui tiada niat mempersoalkan semua itu apatah lagi mahu membuka cerita sebenar menerusi tangkapan skrin memaparkan perbualan dalam direct message (DM) yang dimuat naik @PutriAinNatasha.

Berdasarkan perbualan DM berkenaan, gadis itu menafikan dirinya membela si pelaku sebaliknya hanya mempersoalkan bagaimana kejadian terbabit boleh berlaku sehingga tertuduh tergamak melakukan kecederaan terhadap Allahyarham.

Selain itu, menerusi ‘siasatan’ warganet, mereka mendakwa gadis tersebut adalah teman wanita kepada salah seorang tertuduh selepas terjumpa satu akaun Instagram didakwa milik seorang bekas penuntut UPNM.

Bio akaun Instagram berkenaan meletakkan nama “Najeha’s” yang didakwa hampir sama seperti nama digunakan gadis terbabit di akaun Twitter. Namun, kesahihan perkara ini belum dapat dipastikan lagi.

Bagaimanapun, pencarian mendapati akaun Twitter gadis itu dipercayai telah dinyahaktifkan selepas bertubi-tubi dikecam warganet apabila dengan beraninya mempersoalkan punca kejadian tersebut.

Terdahulu, berdasarkan laporan media, terdapat 90 kes tekapan seterika pada tubuh Allahyarham Zulfarhan akibat perbuatan tertuduh selepas mangsa disoal siasat berhubung kehilangan komputer riba dalam kejadian 21 Mei 2017.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Twitter @pedoqpop , @PutriAinNatasha , @meinmokhtar & @jihayihaaa

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.