6 Tahun Isteri Tunggu Rezeki Hamil, Sekali Doktor Sahkan Suami Tiada Sperma!

Bagi pasangan berkahwin, mempunyai cahaya mata yang keluar daripada rahim si isteri merupakan satu impian utama mereka. Tapi tidak semua orang diberikan rezeki sama walaupun sudah mencuba 1001 usaha.

Bagi suami isteri yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat, pastinya keadaan itu boleh mendatangkan kekecewaan. Sudah tentu anda akan mencari punca yang menyebabkan keadaan itu, kan?

Umumnya, masalah kesuburan boleh berlaku kepada lelaki mahupun wanita. Pun begitu, kesuburan lelaki biasanya menjadi faktor utama bagi kebanyakan kes kemandulan.

Situasi sama turut dihadapi oleh pasangan suami isteri di Facebook bernama Puan Jihan dan suaminya, Rizal Tamrin.

Walaupun sudah hampir 6 tahun hidup bersama, mereka masih belum berpeluang untuk mempunyai anak. Tanpa sedar, mereka telah pun menjadi bahan mulut masyarakat kerana sering dilontarkan kata-kata menyakitkan hati seperti mandul, berisi dan sebagainya khususnya kepada si isteri.

 

Pada ketika Puan Jihan terpaksa menelan kata-kata seperti itu, akhirnya dia dan suami nekad untuk berjumpa doktor bagi memeriksa masalah sebenar.

Hasil pemeriksaan daripada rahim si isteri menunjukkan keputusan yang amat baik sekali.

Namun tiba pula giliran si suami, air mata pasangan itu terus berjurai keluar kerana punca Puan Jihan masih tidak boleh mengandung berkait dengan isu masalah dalaman Encik Rizal.

 

Sejak daripada itu, mereka sedaya upaya untuk mengelakkan topik berkaitan anak tiap kali berbual dengan orang sekeliling.

Pernah disarankan berpisah dengan suami, wanita ini menegaskan bahawa tiada keperluan baginya untuk berkahwin dengan lelaki lain hanya untuk mendapatkan zuriat kerana suaminya sendiri sudah cukup sempurna menjalankan tanggungjawab.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Facebook Jihan Mohd Burhanudin

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.