“Bolehkah Muslim Bertemu Rasulullah?”- Warga Emas Meninggal Selepas Tanya Ustaz Soalan

Ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Tiada siapa dapat menduga bilakah kematian akan menjemput kita. Namun setiap orang pastinya mengharapkan ‘pergi’ dalam keadaan husnul khatimah.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Facebook dari Indonesia apabila memuat naik satu video seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia selepas bertanyakan soalan kepada seorang ustaz bolehkah seorang Muslim bertemu dengan Rasulullah.

Menerusi Facebook Robby Darwis, lelaki yang dikenali sebagai Hamdan Abdat  telah terbaring sambil dikelilingi oleh rakan-rakan sepengajiannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut kapysen yang disertakan dengan video itu, Allahyarham Hamdan baru sahaja bertanya soalan tersebut dan khusyuk mendengar penjelasan daripada penceramah yang dikenali sebagai Ustaz Muhyiddin sebelum tersandar lemah.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengagumi cara pemergiannya yang dianggap sebagai husnul khatimah kerana sedang mendengar ceramah agama.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Borak Daily

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.