[VIDEO] “Tak Tabur Duit, Ini Baru Million International!”- Beli Kasut RM16,200 Cik Epal Pejam Sebelah Mata

SIAPALAH yang tidak mahu berbelanja mewah jika memang mampu untuk memiliki apa sahaja yang diidamkan.

Lebih-lebih lagi jika barangan berjenama itu diperoleh hasil titik peluh sendiri. Namun, tidak semua orang dapat melihat seseorang mempamerkan kemewahan di media sosial dengan hati terbuka.

Seorang blogger popular yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Epal sering menjadi tumpuan peminat. Bukan sekali dua, malahan sejak dulu dia sangat terbuka berkongsikan pelbagai pengalaman menarik khususnya benda-benda yang sempat dibeli apabila singgah ke dalam shopping mall atau makan angin di lokasi tertentu.

Menerusi rakaman video blogger popular ini di Instagram, Cik Epal bersama keluarganya pergi ke sebuah restoran mahal untuk menikmati hidangan udang karang.

Sungguh mengejutkan sekali, jumlah keseluruhan yang dibayar adalah hampir RM 1000 untuk 4 orang makan.

@cikepal06 Lobster Million International🦞🤣 #fyp #lobster #burgerandlobster #burgerandlobstermalaysia #tiktokguru #foodiemy #makanmakan #makanmakancheck #fypシ ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Hampir  berbelanja RM1000 hanya untuk sekali makan, pasti anda tergamam dengan kos makan keluarga ini bukan?

Namun posting seterusnya ini mungkin lebih mengejutkan lagi. Sempat membelek dan mencuba sepasang kasut style batu kilat berharga RM13,500, akhirnya Cik Epal yang dikenali dengan trademark ‘Gonjeng Tak Menempel’ ini seakan-akan pejam sebelah mata menghabiskan sekitar RM16,200 di premis tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Cik Epal 🍎 (@cikepal06)

Segelintir netizen mendakwa tindakan itu sebagai menunjuk-nunjuk dan ‘corny’ (dangkal), namun tidak kurang juga yang menyebelahi perbuatannya kerana menganggap blogger itu memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengecapi kejayaan dan berharap moga satu hari nanti mereka dapat merasai rezeki yang sama.

Ada yang yang memuji Cik Epal tenang sahaja membayar tanpa membaling duit cash seperti dilakukan sesetengah orang kaya lain.

Cik Epal mula menulis blog sejak 2008 iaitu ketika dia berusia 17 tahun.

Wanita itu sering berkongsi tentang perkara yang disukainya seperti makanan, keluarga, percutian dan keibubapaan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Instagram,Tiktok @cikepal

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.