“Lebih Manis Kalau Tak Terkinja-Kinja”- Menari Tiktok Sampai Suami Geleng Kepala, Ain Edruce Ditegur Netizen

Pelakon dan pengacara tinggi lampai, Ain Edruce, memang tidak boleh dipisahkan dengan aplikasi TikTok.

Mana tidaknya, sebelum melahirkan anak perempuannya, Soraya, Ain sempat memuat naik sebuah video sebagai perkongsian kepada pengikutnya yang sentiasa memberi sokongan.

Terbaru, Ain, 30, ada berkongsi rakaman video dia sedang menari untuk kandungan (content) TikTok. Mengenakan pakaian berwarna hitam beserta seluar legging, Ain kelihatan bersemangat dengan mimik mukanya.

Turut sama kelihatan adalah suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa yang sedang menguruskan Soraya. Amirul yang berada di belakang Ain hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan isteri tercinta.

Menerusi perkongsian rakaman video tersebut, rata-rata netizen menegur dan menasihati Ain Edruce berikutan tariannya yang nampak terkinja-kinja.

 

Bagaimanapun, video itu telah mengund4ng pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-rata warganet menasihati pelakon drama Kekasih Paksa Rela agar menitikberatkan penjagaan aur4t dan maru4h su4minya.

Di samping itu, ada juga segelintir netizen yang menegur supaya Ain mengubah diri memandangkan statusnya sekarang sebagai seorang isteri dan ibu.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 4.5 juta tontonan dan hampir 4,000 komen.

Terdahulu, hanya dengan sekali lafaz, pengacara itu selamat diijabkabulkan bersama pasangannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Soraya pada 19 Mei lalu di pusat perubatan swasta.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Oh Bulan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.