Ibu Nangis Pertama Kali Hantar Kembar 3 Pergi Taska ,Kembali Kerja Frontliner

Biasanya lepas cuti berpantang, pastinya para ibu berat hati untuk meninggalkan anak di rumah pengasuh. Mana tidaknya, selepas sekian lama menghabiskan masa bersama anak kini tiba giliran untuk mereka kembali bekerja. Sama seperti situasi yang dikongsikan ini apabila si ibu tidak dapat menahan air mata apabila menghantar anaknya untuk pertama kali ke rumah pengasuh.

Itulah yang dirasai seorang wanita ini setelah melahirkan bayi kembar tiga. Namun setelah berbulan cuti berpantang, dia harus menerima kenyataan perlu kembali bekerja. Oleh sebab itu, ketiga-tiga anaknya perlu dihantar ke pusat jagaan taska berdekatan.

@triplet.syera #fyp ####foryou #kembar ♬ original sound – Triplet.syera

Pada awalnya, si ibu tersebut kelihatan cukup teruja dengan pengalaman menghantar bayi-bayinya buat kali pertama ke pusat jagaan. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan bertukar sebak sejurus masuk ke dalam kereta kerana perlu berjauhan. Manakala si suami pula sempat merakam detik tersebut sambil mengusik.

@triplet.syera Reply to @jamiejez ♬ original sound – Triplet.syera

Situasi ini juga membuatkan netizen terutamanya kaum ibu dapat memahami situasi yang dikongsikan. Malah, mereka juga menceritakan pengalaman yang sama dilalui mereka sebelum ini apabila terpaksa menghantar anak ke rumah pengasuh. Pastinya tiada ibu yang mahu berjauhan dengan anak tetapi tuntutan kerja perlu diutamakan juga.

Netizen  juga sebak dan dapat relate dengan apa yang dikongsikan. Di ruangan komen, netizen memberitahu biasanya memang ibu bapa akan berasa berat hati setiap kali menghantar anak ke rumah pengasuh. Ada juga yang memberitahu sanggup berhenti kerja demi membesarkan anak sendiri tanpa bantuan pengasuh.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok Triplet.Syera 

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.