“Dapat Keistimewaan Kelvar Dari Pvsat Pemvlihan”- Nia Ramadhani Dan Suami Makan Di Restoran!

VIDEO memperlihatkan pelakon Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie makan bersama anak-anaknya di sebuah restoran mewah menjadi tular di media sosial.

Netizen mempersoalkan perkara itu berikutan kedua-dua mereka sepatutnya tidak boleh keluar kerana menjalani proses pemulihan di pusat pemulihan dadah Fan Campus.

Bagaimanapun, polis dalam satu kenyataan seperti dipetik Liputan 6 menjelaskan video tular itu merupakan video lama pasangan tersebut sebelum ditahan kerana kes dadah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Gosip Viral (@gosip_terviral)

“Kami sudah periksa mereka masih direhabilitasi dan itu seperti video lama” ujarnya.

Sebelumnya, video berdurasi kurang satu minit viral di media sosial memperlihatkan Nia dan Ardi Bakrie serta anak-anak mereka berada di sebuah restoran.

“Alhamdulillah lengkap,” tulisnya dalam video tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan status hukuman Nia dan suaminya.

“Tidak adil. Artis kalau terkait dadah cepat sahaja bebas, kalau rakyat biasa sampai bertahun-tahun.

“Tidak ada berita di TV tahu-tahu sahaja sudah keluar,” ujar netizen.

Tambahnya, pasangan itu masih menjalani hukuman di pusat pemulihan dan tidak dibenarkan keluar bebas.

Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie ditahan selepas terkait kes penyalahgunaan dadah pada Julai lalu.

Menerusi tangkapan itu, polis menjumpai dadah jenis syabu dengan berat 0.78 gram.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.