[VIDEO] Tular Wanita Diceraikan Guna Whatsapp Di Tiktok , Sah Ke?

Perceraian atau talak adalah pembubaran hubungan suami-isteri daripada ikatan pernikahan atau perkahwinan yang sah mengikut syariat. Islam membenarkan perceraian apabila tidak ada lagi persefahaman antara suami isteri dan bahagia sudah hilang.

Lebih memilukan jika talak ‘dilafazkan’ melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp atau media sosial.

Perkahwinan Berakhir

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @SyazwaYazid apabila memuat naik satu video ‘perjalanan’ rumah tangganya yang telah pun berakhir.

@syazwayazid DIA perancang terbaik untuk umatnya😇#fyp ♬ sahabat tak akan pergi betrand x anneth – sadvibes🥀

Lafaz Talak Guna Mesej Suara

Menerusi video yang tular tersebut, penggua TikTok berkenaan telah menyertakan sekali gambar-gambar perkahwinannya beserta satu rakaman lafaz cerai yang dibuat suaminya hanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan telah ditonton lebih dari sejuta viewers dalam masa 10 jam sahaja.

Tidak menjelaskan hal sebenarmengenai rumah tangganya, @syazwayazid telah bersangka baik dengan Maha Pencipta bahawa setiap yang telah direncanakan oleh Allah S.W.T adalah yang terbaik untuk umatnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan TikTok wanita itu dengan berasa takut melihat situasi perkahwinan seperti itu apabila sesenang hati menalazkan cerai hanya melalui mesej suara.

Ramai juga terkejut dengan muat naik video itu memandangkan gambar dan video yang diambil seakan pasangan tersebut baru sahaja bernikah namun perkahwinan berkenaan tidak bertahan lama.

Sah Ke Lafaz Talak Di Whatsapp?

 

LAFAZ talak melalui Whatsapp yang jelas daripada suami kepada isterinya adalah sah sekiranya disertakan dengan niat.

“Ini bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59, talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, pesanan ringkas (SMS), e-mel dan sebagainya adalah talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat – Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok @syazwayazid

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *