“Skandal Lagi? 2 Mangkuk Ni Takkan Mengaku!”- Terbaru Bini Luah Geram Shuk Kantoi Lagi

Shuk Sahar dan kontroversi umpama berpisah tiada. Drama rumah tangga Shuk Sahar bagai tiada titik noktah apabila isterinya terus bersuara mengenai pengkianatan dan perselingkuhan.

 Isteri Shuk, Serra terkilan apabila peluang demi peluang disia-siakan begitu sahaja meskipun berusaha untuk maafkan suaminya demi tidak menyakiti anak-anak.

Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih zalim daripada ini. Sakit sangat.

Semalam Ada datang Penang tak? Nampak Shuk dengan seorang perempuan…

Terbaru, kesetiaan pelawak itu sekali lagi dipersoalkan apabila isterinya memuat naik pendedahan ‘panas’ menerusi satu hantaran di IG Story.

Pada awalnya, salah seorang pengikut bertanyakan Sera adakah dirinya berada di Pulau Pinang semalam. Hal ini kerana Shuk Sahar dikatakan menonton filem bersama seseorang, dipercayai wanita yang sama dalam kontroversi sebelum ini.

Siapa ada nampak…Tu bukan saya, 2 ‘mangkuk’ ni memang takkan mengaku

Apabila dimaklumkan mengenai ciri fizikal wanita tersebut, Sera malah terus menafikan itu adalah dirinya.  Kecewa dengan apa telah berlaku, Sera turut geram dengan ‘perangai’ mereka yang susah untuk mengaku kesalahan masing-masing.

Berikutan pendedahan itu, Serra sempat berpesan kepada orang ramai untuk merakan atau mengambil gambar mereka berdua dalam bentuk gambar dan video supaya menjadi bukti yang kukuh untuk didakwa.

Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi. Sedih sangat tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran.

Ingat, jangan sebab kamu dicintai, disayangi, dimaafkan kamu memperlakukan hidup orang sesuka hati. Dia pun ada hati dan perasaan. Doakan semoga urusan Sera dipermudahkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : IG rossa.sera

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.