“Sampai Menangis Mek, DSV Buat Macamtu…”- Vida ‘Prank’ Ibunda Tercinta

Menerusi video yang dimuatnaik, DSV membuat gimik dan terdapat beberapa individu yang bersubahat dengan DSV memberitahu bahawa kereta ibunya itu perlu ‘ditarik semula’ berikutan usahawan itu kononnya gagal membayar wang bulanan pembelian kenderaaan tersebut.

Rupanya ‘Prank’

Rupa-rupanya, prank itu untuk membuat kejutan buat ibunya yang tercinta dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu. Menurut DSV, tujuannya menghadiahkan sebuah kereta buat insan istimewa tersebut kerana ingin memudahkan urusan ibunya menunaikan ibadah di masjid.

Hadiahkan SUV 

Jelasnya lagi, kereta model SUV jenama Honda itu juga lebih selesa daripada kereta sebelum ini dan menyifatkan pemberian tersebut sebagai ‘menumpang’ keberkatan ibunya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Dalam pada itu, kelihatan ibunya mengelap air mata kerana sedih dengan khabar berita tersebut sebelum disusuli kehadiran DSV yang memberitahu ia sekadar kejutan buatnya.

Netizen Terharu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada pengikut usahawan itu meluahkan rasa terharu malah ada diantara mereka yang menitiskan air mata menonton video tersebut.

 

Malah, mereka turut mendoakan agar DSV menerima keberkatan atas pemberian kereta itu selain turut mendoakan kesejahteraan usahawan itu sekeluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : MuraiMY

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.