Panas! ‘Scene’ 2 Budak Tarik Perempuan Dalam MV Iqbal Cetus Tanda Tanya

Demi membuktikan dirinya bukan ‘tin kosong’, usahawan Iqbal Zulkefli menyatakan keseriusannya terjun dalam bidang nyanyian dengan melancarkan single pertamanya berjudul Hujan.

Menyanyi bukan sekadar dari mulut tapi dari hati, mungkin itulah gambaran yang cuba disampaikan pemuda berusia 27 tahun tersebut menerusi lagu sulungnya.

Terdahulu, Iqbal sendiri pernah dedahkan melalui Instagram bahawa karya tersebut mengisahkan tentang kisah perjalanan hidupnya yang dilalui selama ini. Tanpa disangka-sangka, ia malah menduduki tangga teratas carta trending YouTube.

Namun begitu, terdapat beberapa babak dalam MV lagu tersebut yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Menurut pengguna akaun TikTok tersebut, dia sekadar ingin tahu motif atau maksud tersirat di sebalik watak yang dilakonkan oleh Puteri Khareeza Idola Kecil 3 itu.

@waniaminuddin Apa motif dua orang anak pergi ibu tuh.? 🤭 #iqbalzulkefli #dsv #viral #music #fyp #fypシ ♬ original sound – Wanie 전정국💜

Meninjau ke ruangan komen, adegan MV tersebut nyata dibanjiri pelbagai reaksi.

Ada sesetengah yang berpendapat ia menggambarkan keluarga Datuk Seri Vida, sekali gus mengaitkannya dengan isu tidak jadi kahwin sebelum ini.

Tidak ketinggalan, netizen turut memuji vokal suara dan mesej lirik lagu tersebut.

Puji Suara Iqbal Merdu

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok waniaminuddin

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.