Marah Belum Reda… Baim Wong Terus Negatif Di Mata Netizen

NAMA selebriti Baim Wong menjadi perbualan hangat di media sosial sekitar Oktober lalu berikutan kontroversi memarahi warga emas.

Memetik laporan Liputan6, biarpun isu tersebut sudah lama selesai namun pandangan segelintir masyarakat terhadap Baim Wong tetap negatif.

Malah segelintir netizen juga menganggap Baim Wong sengaja menjual isu kesedihan demi kandungan di saluran YouTube miliknya.

Baim menerusi video di YouTube mengakui sedih apabila dituduh mahu meraih simpati dengan berkongsi rakaman memberi bantuan kepada golongan miskin.

“Saya rasa kecewa dan kesal apabila dituduh sengaja menjadikan kesedihan sebagai content untuk YouTube. Banyak yang orang tak tahu.

“Kalau saya cerita apa yang saya lakukan, mesti saya kalah. Biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan Allah. Tak penting untuk orang tahu,” katanya.

Baim pada awalnya tidak menghiraukan warga emas yang mengikutnya ketika sedang menaiki motosikal bersama anaknya Kiano Tiger Wong.

Tindakan pelakon berusia 40 tahun itu mengundang reaksi kurang senang netizen kerana sebelum ini Baim dikenali sebagai individu yang suka membantu orang lain, namun kali ini dia berubah sikap sebaliknya.

@wordafrica 😔#baimwong #baimpaula #xyzbca ♬ bunyi asal – Dunia afrika – cek mi

Sebelum ini, Baim dikecam gara-gara memarahi warga emas yang dikenali sebagai Pak Suhud namun isu tersebut sudah selesai selepas dia membuat permohonan maaf.

Susulan tindakannya itu juga, Baim Wong hilang 300,000 subscribers dan terkeluar daripada senarai Top 5 paling ramai pengikut di YouTube.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *