Sebak! Setahun Tak Jumpa, Bapa Menangis Tengok Anak Hidap Kanser Tulang

Ajal, maut dan pertemuan adalah ketentuan daripada Allah S.W.T. Siapa jangka pertemuan yang sangat bermakna selepas setahun tidak bertemu  disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diakhiri dengan air mata. 

Seperti satu kisah yang dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok @cikpuanmas, yang merakam saat-saat yang membuatkan ramai sebak kerana penyatuan semula anak lelakinya dengan suaminya selepas setahun berpisah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih menyedihkan, anak lelakinya itu menghidap kanser tulang baru sahaja berusia 18 tahun dan terpaksa berhenti belajar akibat penyakit yang dihidapinya itu.

Dalam video itu, dapat dilihatkan anaknya melepaskan rindu dengan memeluk erat bapanya sebaik sahaja bapanya masuk ke dalam biliknya.

@cikpuanmas

Dapat pulang ke rumah setelah dpt tahu anak ada cancer😭😭, Doakan kami dan anak sis kuat utk tempoh ujian Allah ini#cancerosteosarcoma #cancerfighter

♬ original sound – Cik Puan Mas

Menerusi perkongsian itu, ramai yang memberi komen dengan mendoakan supaya anaknya diberikan kesembuhan agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.

Ada juga yang memberi beberapa tips untuk membantu mengurangkan rasa sakit yang dihidap oleh anaknya.

Di bahagian komen, Cik Puan Mas juga memberitahu bahawa anak lelakinya tak mampu untuk berjalan dengan biasa kerana memerlukan tongkat ataupun kerusi roda untuk bergerak.

Sama-sama kita doakan supaya anak Cik Puan Mas diberikan kesembuhan semula. Bapanya juga sudah pulang ke pangkuan mereka, jadi diharapkan mereka sekeluarga kuat untuk menghadapi ujian yang diberikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : LobakMerah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.