Mak Buyung Terharu Lepas Ngidam Makan Kek Pengantin Sampai Berjurai Airmata

“Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.

Ada yang mengejutkan, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah. Mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak, merupakan subjek yang paling popular.

Samalah seperti sebuah video di TikTok yang  terjadi baru-baru ini. Setiap ibu mengandung keinginannya adalah berbeza-beza, namun wanita ini mengidam sesuatu yang agak payah untuk didapati iaitu kek pengantin.

Tambahan pula, sekarang majlis perkahwinan dilihat masih tidak banyak dijalankan seperti waktu dulu-dulu.

Dalam video tersebut, mak buyung itu dilihat makan kek sehingga teresak-esak sampai ada orang yang mengesat air matanya.

Menurut wanita itu, dia sangat terharu dan puas.

Walaupun selalu sahaja makan kek, tetapi kek pengantin yang dimakannya itu jauh lebih sedap kerana dapat lepas mengidam.

@_mekmim

sblum ni pnh je mkn kek. Tpi enthlh bila dpt rasanya Lg sedp. ya Allah terharunya. brjurai airmata Sis bila dpt kek pgntin👰🏻‍♀️ #alhamdulillah #fyp

♬ bunyi asal – Mim

Video yang mendapat tontonan sebanyak 11.4 ribu tontonan itu, memperoleh pelbagai reaksi netizen khususnya para ibu mengandung.

Komen rata-ratanya berkongsi pengalaman mengidam mereka sewaktu mengandung yang bermacam-macam.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok mekmim

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.